Buletin

MASALAH KEWANGAN PAKSA BRITISH AIRWAYS JUAL KOLEKSI SENI

British Airways (BA) dilaporkan terpaksa menjual beberapa koleksi seni bernilai jutaan pound untuk mengumpul dana bagi membantu syarikat mengharungi krisis yang dicetuskan wabak COVID-19, lapor agensi berita Jordan (Petra) pada Khamis.

Syarikat itu berkata koleksi berkenaan merangkumi karya seni Damien Hirst, Bridget Riley dan Peter Doig, satu daripadanya dipercayai bernilai lebih AS$1 juta (RM4.1 juta).

Difahamkan, sekurang-kurangnya 10 karya seni sudah dijual.

BA turut terkesan dengan penurunan jumlah penerbangan dan dijangka  memberhentikan ribuan pekerja.

Minggu lalu, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif BA, Alex Cruz berkata syarikat mengalami kekurangan aliran tunai. Namun, masalah itu mungkin dapat diselesaikan dengan melaksanakan penstrukturan semula perniagaan.

Akhbar London Evening Standard, melaporkan penjualan karya seni itu dikendalikan oleh firma lelongan, Sotheby’s. – Bernama.

Google ads
Back to top button