,
Buletin

LTA LANJUTKAN TEMPOH SAH VEP MALAYSIA SEHINGGA 30 SEPTEMBER

Pihak Berkuasa Pengangkutan Darat Singapura (LTA) secara automatik akan melanjutkan tempoh sah Permit Kemasukan Kenderaan (VEP) bagi semua kereta dan motosikal yang didaftarkan di Malaysia selama tiga bulan lagi iaitu sehingga 30 September 2020.

 “Tidak perlu memohon untuk pelanjutan ini,” menurut LTA dalam laman sesawangnya hari ini.

Sebelum ini, pada 26 Mac 2020, LTA mengumumkan bahawa ia akan melanjutkan tempoh sah VEP bagi kenderaan yang didaftarkan di Malaysia sehingga 30 Jun 2020.

Menerusi laman itu, LTA turut menyatakan bahawa fi VEP yang dikenakan sebelum 18 Mac 2020 dan selepas 14 April 2020 akan terus diguna pakai.

Ia menasihati pemandu yang ingin mengelak fi VEP terkumpul dan tidak boleh memandu sendiri kenderaan mereka ke luar dari Singapura supaya menggunakan perkhidmatan pengangkutan/tunda kenderaan rentas sempadan untuk membawa kenderaan mereka pulang ke Malaysia.

Pihak berkuasa mengingatkan pemandu agar mengemas kini tarikh sah cukai jalan dan insurans kenderaan menggunakan Perkhidmatan Digital VEP LTA di www.onemotoring.com.sg/ivep/insureapp sepanjang tempoh mereka berada di Singapura.

Bagi mengira jumlah yang perlu dibayar untuk kenderaan mereka, pemandu boleh menggunakan kalkulator online LTA di www.onemotoring.com.sg.

Pemandu dinasihatkan menambah nilai Kad Autopas mereka sebelum meneruskan perjalanan ke Pusat Pemeriksaan Woodlands atau Tuas. – Bernama

Tags
Google ads
Back to top button