Buletin

MASALAH SISTEM HIBRID. TOYOTA RECALL RATUSAN RIBU UNIT PRIUS DAN PRIUS V

Pengeluar kereta Jepun, Toyota mengumumkan kempen keselamatan ke atas dua model iaitu Prius dan Prius V kerana sistem hibrid padanya mungkin mengalami masalah.

Menurut kenyataan rasmi syarikat itu, kempen keselamatan atau panggilan semula tersebut melibatkan model Prius buatan tahun 2013 hingga 2015. Manakala Prius V pula untuk model tahun 2014 hingga 2017.

Jika terdapat kerosakan pada sistem hibrid, pemanduan Prius dan Prius V boleh jadi tidak selamat.

“Toyota mendapati dalam situasi yang jarang berlaku, kenderaan tidak bertindak balas seperti yang dikehendaki apabila sistem hibridnya rosak. Keadaan ini boleh menyebabkan kenderaan kehilangan kuasa dan berhenti.

“Walaupun stereng dan brek masih beroperasi apabila kenderaan berhenti secara mengejut pada kelajuan tinggi, namun ia boleh meningkatkan risiko kemalangan,” jelas Toyota.

Syarikat itu menambah, juruteknik Toyota akan mengemaskini perisian sistem hibrid berkenaan sebagai langkah keselamatan.

Toyota juga akan menggantikan inverter sekiranya kenderaan pernah mengalami kegagalan pada sistem hybrid.

Di Amerika Syarikat sahaja kira-kira 267,000 unit perlu dibawa ke pengedar untuk mengatasi masalah sistem hibrid ini.

Dalam pada itu, AutoNews melaporkan terdapat dianggarkan terdapat 752,000 unit Prius dan Prius V di seluruh dunia.

Begitupun, Toyota tidak memberi sebarang komen sama ada mereka menyedari wujud kemalangan ataupun kecederaan disebabkan isu ini. – carscoops

Google ads
Back to top button