Artikel Pilihan

HYUNDAI i20 N RALLY 2 DIDEDAHKAN – SAINGAN BAHARU UNTUK WRC2 & WRC3 TAHUN HADAPAN

Hyundai akhirnya telah mendedahkan sebuah model baharu, Hyundai i20 N Rally 2, sebuah jentera rali baharu daripada Hyundai. Jentera rali yang dibina sendiri oleh Hyundai Motorsport Customer Racing ini berdasarkan daripada model terbaharu Hyundai i20 N, sebuah model berprestasi tinggi.

Ini merupakan kesinambungan daripada pembangunan jentera rali Hyundai sebelum ini, i20 R5 yang telah pun dibina pada tahun 2016 yang lalu. Barangkali ini juga jawapan sebenar kepada model Yaris GR yang kita sedia maklum, versi WRC mungkin bakal diperkenalkan kelak.

Hyundai i20 N Rally 2 ini telah dibangunkan sendiri di Alzenau Jerman dengan kerja kerja rekabentuk telah pun dimulakan seawal Januari yang lalu. Dengan pengenalan model baharu ini, sudah tentu ianya akan menggantikan model i20 R5 yang kelihatan tidak lagi kompetetif untuk terus bersaing di peringkat tertinggi, apatah lagi beberapa model baharu R5 telah pun diperkenalkan sebelum ini oleh Skoda dan juga Ford. Dan sasaran pembelinya kelak sudah tentulah untuk pasukan Indie yang beraksi dalam pertandingan rali peringkat kebangsaan mahu pun peringkat benua.

Secara fizikalnya, model yang dibina baharu ini mengunakan beberapa kompomen baharu seperti enjin asal daripada model jalanan, T-GDi 1.6 liter yang sudah ditala semula supaya lebih pantas dan tangkas untuk berlumba. Begitu juga dengan sistem ampaian yang turut diberikan komponen baharu. Cumanya Hyundai memilih untuk mengekalkan khidmat kotak gear berjujuk lima kelajuan daripada model R5 untuk digunakan berbanding kotak gear manual enam kelajuan milik model jalanan

Ujian intensif bakal dilakukan bermula sedikit masa lagi pada bulan ini dengan urusan homologasi dan ujian penghantaran pertama bakal dilakukan pada pertengahan tahun 2021 kelak.

Menurut Prinsipal pasukan Hyundai, Adrea Adamo berkata pengenalan model baharu ini menunjukkan betapa Hyundai Motosport Customer Racing telah jauh mengorak langkah sepanjang lima tahun semenjak tertubuhnya jabatan ini. Beliau juga merakamkan penghargaan kepada Jurutera dan tenaga kerja di jabatan yang bertungkus lumus untuk menambah baik hasil kerja mereka, Daripada sejumlah kecil, kini jabatan tersebut telah pun mempunyai kira kira 60 orang tenaga kerja. Cukup untuk membuktikan betapa Hyundai benar benar serius dalam bidang kelajuan ini.

Walau pun dengan pengenalan model baharu ini kelak, namun pengguna sedia ada model R5 boleh menarik nafas lega apabila Hyundai memberikan jaminan bahawa mereka akan tetap memberikan sokongan teknikal sama seperti sebelum ini.

BACA : HYUNDAI i20 R5 – KERETA LUMBA MESRA BAJET KOREA

BACA : HYUNDAI VELOSTER RALLY – PERNAH TENGOK

Google ads

B K

Back to top button