Buletin

MAHU HAPUS STEREOTAIP KERETA TAK BOLEH HARAP, MASERATI LANCAR JAMINAN 10 TAHUN UNTUK ENJIN DAN TRANSMISI

Maserati mengumumkan program Extra10 Warranty sebagai tawaran tambahan kepada program jaminan sedia ada selama empat atau lima tahun. Ia melibatkan jaminan ke atas enjin, transmisi dan transaxle.

Lebih menarik lagi, program itu bukan hanya terpakai untuk model baharu, malah kepada jentera yang berusia kurang sembilan tahun setengah tanpa had perbatuan. Harus tahu bukan semua jaminan itu percuma, ada yang dikenakan bayaran bergantung kepada opsyen yang dipilih oleh pelanggan.

Namun, antara beberapa perkhidmatan tambahan yang diberikan secara percuma termasuklah penghantaran ke rumah dan kereta ihsan.

Semua inisiatif ini dilakukan oleh Maserati untuk menghapuskan stereotaip bahawa kereta buatan jenama Itali itu tidak tahan lasak.

“Satu ciri baharu utama adalah untuk menyatukan nilai kereta dari semasa ke semasa, menjamin ketenangan fikiran dengan menggabungkan prestasi terbaik dan keseronokan pemanduan yang tipikal bagi setiap kereta Maserati,” katanya dalam satu kenyataan.

Program Extra10 Warranty mungkin juga tersedia untuk jenama kenderaan elektrik pada masa akan datang walaupun ini belum disahkan.

Selain daripada MC20 versi elektrik yang sedang dibangunkan, salah satu model Maserati baharu dalam perancangan ialah GranTurismo elektrik penuh, yang digelar Folgore. Meskipun masih belum ada spesifikasi teknikal untuk model ini, khabar angin mengatakan ia akan dilengkapi rangkaian kuasa elektrik tri-motor berkuasa 1,184hp .

Bakal menjadi jentera Maserati paling berkuasa pernah dihasilkan, ia didakwa mampu mencapai kelajuan 0-100km/j dalam masa kurang 3 saat dan kelajuan tertinggi 300km/j.

Google ads
Back to top button