Buletin

MITSUOKA ROCK STAR – MAZDA MIATA DENGAN GAYA AMERIKA

Pernah dengar nama Mitsuoka? Ya. salah satu pengeluar kenderaan di Jepun yang menggunakan kereta-kereta Nissan sebagai platform. Sepertimana kereta mereka sebelum ini yang terkenal dengan rekaan yang mendahului zaman 1000 tahun ke hadapan, Mitsuoka sekali lagi membuat kejutan dengan menghasilkan Rock Star.

Nama pun tak sedap

Tapi sekurang-kurangnya ia nampak elok sikit daripada Orochi yang serupa ikan keli dilanggar forklift.

Walaupun Mitsuoka selalu menggunakan kereta-kereta Nissan, kali ini mereka menggunakan model Mazda menerusi Miata.

Sekali imbas, ia nampak seperti gaya Amerika klasik, Corvette Sting Ray. Dua kali imbas, ya, kereta ni tidaklah teruk sangat dan nampak sporty juga.

Bercakap mengenai Sting Ray, sebenarnya, ikon Amerika itu direka oleh Larry Shinoda, lelaki Amerika berbangsa Jepun dan Peter Brock, pengasas pasukan perlumbaan Datsun BRE.

Jika anda berminat, kereta ini dijual pada harga RM170K di Jepun dan hanya 50 unit sahaja yang dihasilkan.

Tags
Google ads
Back to top button