
MAX VERSTAPPEN TERKANTOI….
Sekiranya anda mengikuti perkembangan perlumbaan F1, anda akan kenal sangat dengan nama Max Verstappen iaitu pelumba yang berjaya menamatkan dominasi jentera Mercedes dan gandingan Lewis Hamilton. Max merupakan juara F1 bagi tahun 2021, 2022, 2023 dan juga tahun 2024
Dengan gaya pemanduan dia sangat agresif tapi konsisten, dan Max mula mencipta nama sejak pembabitannya pada usia 17 tahun, menjadikannya pelumba termuda dalam sejarah F1 ketika itu. Secara rasmi, Max tiada nama gelaran khusus untuknya. Namun peminat susah hati beliau memberi beberapa gelaran seperti:
1. Super Max – Nama ni jadi popular selepas lagu “Super Max!“ oleh The Pitstop Boys (sekumpulan peminat Belanda), yang jadi viral bila dia mula menang perlumbaan besar.
2. Mad Max – gelaran ini timbul pada permulaan karier Max disebabkan gaya pemanduan yang terlalu berani, agresif dan menyebabkan kontreversi
Namun baru-baru ini rahsia Max Verstappen mulai terbongkar apabila Max didapati menggunakan nama samaran Franz Hermann di dalam perlumbaan simulasi maya, khususnya di platform iRacing. Max sememangnya aktif dalam perlumbaan simulasi maya
Salah satu sebab yang mendorong Max menggunakan nama ini adalah kegusaran eksekutif Red Bull Racing terhadap kegilaan Max terhadap perlumbaan simulasi sehingga mengganggu waktu tidurnya. Jadi bagi berlumba secara atas talian, nama klasik Franz Hermann digunakan untuk menutup jejak digitalnya
Ya menggunakan nama Max Verstappen semasa perlumbaan simulasi akan menyebabkan profail dirinya sentiasa diikuti secara rapat walaupun di atas talian. Dengan guna nama samaran seperti Franz Hermann, Max boleh berlumba secara lebih “low profile” tanpa diganggu atau dinilai semata-mata disebabkan dia pelumba F1.

Pada masa sama Max boleh berlumba secara bebas, mencuba strategi baru tanpa mendedahkan atau menyebab reputasi “Max Verstappen” terganggu. Namun disebalik kegilaan Max dalam perlumbaan simulasi ini, terdapat satu lagi usaha murni Max dalam mencungkil bakat baru dalam perlumbaan
Max memang aktif menyokong dan menaja pelumba berbakat, terutamanya dari dunia sim racing, untuk menyertai pasukan perlumbaan sebenar miliknya, Verstappen.com. Keadaan ini disebabkan kos perlumbaan dari go-kart ke perlumbaan professional seperti F3 atau F2 memerlukan belanja sehingga 10 juta dollar
Sedangkan masih lagi ramai pemandu baru yang berbakat namun bakat mereka terhalang di belakang skrin perlumbaan simulasi. Max bertekad untuk membantu pelumba amatur dan berbakat dari dunia simulasi menjadi pemandu profesional sebenar di dunia perlumbaan sebenar
Salah satu contoh paling ketara ialah Chris Lulham, seorang pelumba sim dari pasukan terkenal Team Redline. Max secara peribadi memilih Lulham untuk menyertai pasukan GT3 miliknya dalam kejohanan GT World Challenge Europe pada musim 2025. Lulham akan berlumba bersama Thierry Vermeulen dan Harry King dalam perlumbaan Endurance dan Sprint, menggunakan kereta Ferrari 296 GT3 dan Aston Martin Vantage GT3.
Max menyatakan bahawa adalah impiannya untuk membantu pelumba muda, terutamanya dari dunia sim racing, untuk beralih ke perlumbaan sebenar. Beliau percaya bahawa sim racing boleh menjadi platform alternatif untuk memulakan kerjaya perlumbaan, terutamanya bagi mereka yang tidak mempunyai akses kepada karting atau perlumbaan tradisional.
Selain itu, Max juga terlibat dalam inisiatif global untuk mencari bakat dari negara-negara yang kurang diwakili dalam dunia perlumbaan. Melalui acara yang dianjurkan oleh pihak swasta, beliau berusaha untuk membuka peluang kepada pelumba dari pelbagai latar belakang untuk menunjukkan kebolehan mereka dalam sim racing, dengan harapan dapat membawa mereka ke pentas perlumbaan sebenar.
Malah dengan portal Verstappen.com, Max bukan sahaja menaja pelumba muda tetapi juga menyediakan platform untuk mereka berkembang dalam pelbagai disiplin perlumbaan, termasuk GT3, rally, dan sim racing. Pasukan ini disokong oleh Red Bull dan bekerjasama rapat dengan Team Redline untuk memastikan pelumba mendapat sokongan teknikal dan latihan yang diperlukan.