
PRO-NET SAMBUT HARI IBU BERSAMA ‘THE REAL e.MAS’
Bersempena sambutan Hari Ibu, PRO-NET telah menganjurkan satu acara istimewa yang menggabungkan elemen pemanduan, kesihatan dan gaya hidup, dengan tumpuan utama terhadap keupayaan e.MAS 7 dalam menyokong kehidupan wanita masa kini.
Acara bertemakan “The Real e.MAS Drive” ini mengiktiraf wanita sebagai sumber kekuatan dalam pelbagai peranan, dari seorang ibu, wanita berkerjaya hinggalah kepada pencetus inspirasi dalam kehidupan seharian.
Bertempat di Tiarasa Escapes, Janda Baik, acara ini berlangsung pada 14 Mei lalu dan menghimpunkan media gaya hidup serta pempengaruh untuk merasai sendiri pengalaman memandu e.MAS .
“Kami ingin menampilkan bagaimana e.MAS 7 bukan sekadar sebuah kenderaan, tetapi rakan setia wanita dalam menguruskan cabaran harian dengan penuh yakin,” ujar Ketua Pegawai Jenama PRO-NET, Puan Salawati Binti Mohd Yusoff.

“Dengan ciri keselamatan canggih, pengecasan pantas dan ruang dalaman yang luas, ia memang direka untuk memenuhi keperluan wanita masa kini.”
Acara berkenaan bermula di PROTON Center of Excellence (COE), Shah Alam, dengan sesi pengenalan ciri produk serta taklimat keselamatan, sebelum konvoi e.MAS 7 bergerak menuju ke Janda Baik.
Sepanjang perjalanan, para peserta menikmati pemanduan lancar, ruang kabin yang selesa, dan teknologi bantuan pemandu terkini seperti sistem ADAS Tahap 2 serta penarafan keselamatan ANCAP 5 bintang.
Setibanya di lokasi, para peserta disambut dengan sesi yoga santai bersama The Flow Studio yang diiringi suasana hening alam semula jadi.

Salah satu detik menarik adalah demonstrasi keupayaan Vehicle-to-Load (V2L), di mana e.MAS 7 digunakan untuk menjana kuasa bagi mengendalikan bar jus Vitality, bukti praktikal bahawa EV ini bukan sekadar kenderaan, malah alat sokongan gaya hidup aktif.
Dalam perjalanan pulang, rombongan singgah di Bamboo Hills bagi menyaksikan sendiri keberkesanan pengecas pantas DC Handal.
Di sini, peserta menyaksikan betapa efisiennya sistem pengecasan, dengan hanya 20 minit, bateri boleh meningkat dari 30 ke 80 peratus.
Malah, pengecasan selama 10 minit sahaja mampu memberikan tambahan jarak sejauh 135 km – sangat sesuai untuk wanita yang sering berulang-alik atau dalam perjalanan luar kota.
Tambahan pula, Aplikasi Proton e.MAS menyediakan Peta Pengecasan Langsung Bersepadu yang memudahkan pencarian, navigasi, dan bayaran pengecasan.
Menurut Pn. Salawati, “Kami percaya bahawa peralihan kepada EV bukan sekadar trend, tetapi satu cara untuk memperkasa wanita, dari sudut kemudahan, kebolehpercayaan dan keseimbangan hidup.”
- BACA: INFINITI QX60 2026 – TAMPIL DENGAN TRENKUASA BAHARU DAN SISTEM AUDIO YANG LEBIH LUNAK DIDENGAR
- BACA: HARGA RASMI MG S5 EV DIUMUMKAN – BERMULA RM115K, JARAK GERAK SEHINGGA 430KM
- BACA: LEBIH 10,000 UNIT TAK TERJUAL, CYBERTRUCK BUAT TESLA PANIK!
- BACA: MITSUBISHI XPANDER FACELIFT 2025 DILANCAR DI INDONESIA – RIM BAHARU, PAPARAN 10-INCI, HARGA BERMULA RM79K