
MAZDA AUTOZAM AZ-1, SUZUKI CAPPUCCINO & HONDA BEAT. SUPERCAR MINI
Sekiranya pasaran Amerika menyukai SUV yang besar gedabak dan purata penggunaan bahan api bagaikan lori 10 tan, pengguna di Jepun adalah sebaliknya. Mereka sukakan kereta Kei atau nama penuhnya Keijidōsha yang membawa maksud light automobile.
Ia merupakan satu kelas kenderaan yang idea & inisiatif pembinaan dimulakan oleh pihak kerajaan Jepun. Ketika itu, pihak kerajaan Jepun perlu memulihkan ekonomi Jepun yang musnah dibedal angkara perang dunia kedua dengan secepat mungkin.
Apa yang penting ialah mobiliti rakyat supaya dapat bekerja, usahawan dapat menghantar barang perniagaan dengan pantas dan sektor ekonomi berkembang pesat dengan menggunakan enjin cekap tenaga. Jepun merupakan syarikat pengimport petrol, mereka tidak memiliki petroleum mentah sendiri dan petrol merupakan komoditi berharga bagi kerajaan Jepun
Sebagai timbal balas, kerajaan memberikan pelepasan cukai yang menarik dan inisiatif yang baik bagi menggalakkan pemiliki KeiCar di Jepun menjelang 1950an. Menjelang tahun 1980an, ekonomi Jepun berkembang pesat dan mendorong pengguna mahukan KeiCar yang lebih mewah dan berkuasa
Maka lahirlah kereta konsep KeiCar yang khusus untuk pemanduan yang agresif dan dihasilkan oleh Honda, Suzuki dan juga Mazda. Honda menghasilkan model Honda Beat dengan enjin 660cc dipasang pada bahagian tengah cesi, manakala Suzuki menggunakan kaedah FR iaitu enjin di depan pacuan belakang.
Pada masa yang sama Suzuki turut menghasilkan kereta konsep 660cc turbo pacuan belakang dengan posisi enjin berada di tengah tapi projek ini tidak diteruskan. Hanya Mazda menerusi subjenama Autozam yang berminat dengan model ini dan meminta Suzuki meneruskan R&D bagi pihak mereka
Owh ya walaupun tidak dinyatakan dalam mana mana peraturan oleh kerajaan Jepun, pengeluar kenderaan menerusi persatuan mereka iaitu Japan Automotive Manufacturer Association memutuskan ia adalah sangat bahaya bagi mereka berlumba-lumba menghasilkan enjin yang berkuasa untuk sebuah KeiCar.
Ia akan menyebabkan kemalangan maut dan perkara ini tidak akan disukai oleh pihak kerajaan. Maka JAMA memutuskan semua KeiCar tidak boleh memiliki kuasa enjin melebihi 64 kuasa kuda samaada dengan enjin Aspirasi Normal ataupun turbo.
Jadi Honda Beat dengan enjin 660 NA menghasilkan 64 kuasa kuda & 60Nm tork, Suzuki Cappuccino menghasilkan 64 kuasa kuda & 106Nm tork manakala Autozam AZ-1 menghasilkan 64 kuasa kuda dan 85Nm tork. Anda boleh ikuti ulasan Jason Cammisa di pautan video berikut



