Buletin

MAZDA CARBON TURBO, EDISI ISTIMEWA UNTUK MODEL TURBO (MAAF, TAK ADA MX-5)

Tahukah anda? Proton mempunyai tujuh buah model dan empat daripadanya menggunakan enjin turbo. Hebat juga bukan?

Pengecas turbo memberi manfaat besar kepada pengeluar hari ini dan menjadi jalan mudah bagi mendapatkan tambahan kuasa tanpa memerlukan sesaran besar.

Bukan setakat itu, jumlah silinder pun dikurangkan daripada empat kepada tiga silinder.

Mazda pula kreatif dalam menonjolkan model dengan pengecas turbo melalui edisi istimewa Carbon Turbo.

Mazda Amerika Utara memaklumkan ada tiga buah model dalam siri Carbon Turbo iaitu Mazda3, CX-30 dan CX-5 model tahun (MY 2024).

Carbon Turbo adalah tambahan kepada siri Carbon Edition sebelum ini dan berkongsi gayaan khas seperti rim aluminium aloy, cermin sisi dan jeriji depan warna hitam metalik.

Bezanya ialah, badan siri Carbon Turbo dibuat dalam warna Zircon Sand Metallic dan bahagian dalam dengan kombinasi kulit terracota dan suede hitam dan riasan gunmetal.

Model Carbon Turbo menggunakan enjin Skyactiv-G 2.5 Turbo dengan padan transmisi automatik enam kelajuan dan pacuan semua roda i-Activ.

Edisi Turbo juga bermakna tiada MX-5 namun Mazda awal-awal lagi sudah menawarkan warna Zircon Sand untuk roadster itu.

Dari segi kuasa, enjin Skyactiv-G 2.5 Turbo menghasilkan 250 kuasa kuda (hp) dan tork 434Nm (oktana 93 premium/RON 98) atau 227 hp dan tork 420Nm (oktana 87 biasa/RON 91).

Harga dan ciri spesifik setiap model Carbon Turbo akan dimaklumkan bersama pengenalan model 2024.

Mazda MX-5 Miata Zircon Sand 2023

Dari semakin, Mazda telah pun memperkenalkan Mazda3 Carbon Turbo dengan ciri khas seperti yang dinyatakan.

Warna badan Zircon Sand Metallic, rim 18 inci warna hitam metalik dan cermin sisi hitam kilat. Bahagian dalam dibalut kulit tiruan warna terracota dan sulaman merah terang.

Kedua-dua Mazda3 sedan dan hatchback turbo dilengkapi skrin 10.25 inci yang lebih besar, sambungan tanpa wayar Apple CarPlay atau Android Auto dan pengecas tanpa wayar Qi.

Mazda3 2.5 Carbon Turbo AWD sedan dijual pada harga AS$31,750 (RM148,270) dan AS$32,950 (RM153,874) bagi varian hatchback.

BACA: MAZDA CX-3 1.5 2022, SUV MAZDA HARGA RAHMAH

BACA: MAZDA MX-5 KIZUNA, 250 UNIT UNTUK UK, RM169.5 RIBU!

BACA: MAZDA FAILKAN PATEN ENJIN BARU, SKYACTIV-X DENGAN PALAM PENCUCUH BERKEMBAR

Google ads
Back to top button