BuletinPandu Uji

MAZDA CX-30 2.0G HIGH+ CROSSOVER UNTUK PEMANDU SEJATI

Sekiranya anda memang berduit, munki anda boleh terus abaikan laporan pandu uji ini dan terus ke laporan pandu uji Mazda CX-30 High+ Premium yang berharga RM 159,000 yang merupakan varian tertinggi yang ditawarkan oleh Bermaz

Tapi jika anda tidak perlukan aksesori yang kurang penting seperti bumbung suria, mungkin varian kedua iaitu Mazda CX-30 2.0G High+ lebih sesuai untuk anda. Untuk pengetahuan pembaca, Mazda CX-30 merupakan crossover yang menggunakan platform dengan Mazda 3, namun jarak antara roda dikurangkan sebanyak 70mm menjadi 2655mm

Pada hemat penulis, jurutera perlu memendekkan platform yang asal supaya rekaan atas (top hat) CX-30 nampak lebih seimbang antara depan dan juga belakang. Ia adalah praktis yang sama dibuat oleh Toyota pada mode Corolla Cross yang dihasilkan dengan menggunakan platform Corolla Sedan.

1. CX-30 boleh dikelaskan sebagai crossover segmen C dengan panjang mencecah 4395mm, lebar 1795mm dan tinggi 1540mm. Ruang kargo pula menawarkan ruang sebesar 430 liter dan boleh dibesarkan menjadi 1406 liter apabila kusyen belakang dilipat. Pintu ruang kargo diberikan ciri powered tailgate.

CX-30 masih mengekalkan tayar simpanan kecemasan di bahagian ruang kargo. Varian 2.0G High+ memang tidak ditawarkan dengan bumbung cermin suria, dan kehilangan ciri ini menjadikan ruang kepala dalam kabin terasa lebih luas dan lapang terutama pada penumpang belakang.

2. Semua CX-30 dikuasakan dengan enjin 2000cc 4 silinder SkyActiv-G dengan nisbah mampatn 13:1 yang menawarkan 162 kuasa kuda dan 213Nm tork. Semua kuasa ini akan dihantar ke roda depan menerusi transmisi 6 kelajuan automatik SkyActiv Drive. Anda boleh mengawal pertukaran gear dengan ciri paddle shift yang ada di belakang sering

3. Jangan risau pasal sport rim sebab anda masih dapat tayar bersaiz 215/55 R18 yang dibalut dengan tayar Proxes R50 dan juga brek cakera di semua roda. Pakej brek juga adalah lengkap dengan kombo ABS, EBD, Traction Control dan juga Dynamic Stability Control

4. Bagi teknologi pencahayaan, varian High+ diberikan ciri Adaptive Front Light System (AFS) dan juga High Beam Control (HBC). Hanya varian High+ Premium sahaja yang diberikan ciri Adaptive LED Headlamp.

Sistem AFS akan menghalakan lampu utama mengikut input stering dan HBC akan menyalakan lampu tinggi secara automatik sekiranya selamat. Memang sekali imbas anda tidak perasan sangat perubahan fizikal antara varian 2.0G High+ dengan 2.0G High+ Premium

5. Perbezaan yang lain bagi varian 2.0G High+ selain bumbung suria dan Adaptive LED Headlight ialah ia tidak ditawarkan dengan kamera 360 darjah (hanya kamera undur sahaja), sistem Cruising Traffic Support (mengawal stering secara automatik apabila MRCC diaktifkan) dan juga Driver Attention Alert dengan ciri pemantauan muka pemandu bagi mengesan simptom mengantuk

6. Tapi 2.0G High+ masih lagi ditawarkan dengan pakej Advanced Safety Technologies i-ActiveSense yang merangkumi sistem amaran titik buta, sistem amaran lintasan trafik belakang, Lane Departure Warning, Lane Keep Assist, Smart Brake Support dan juga Mazda Radar Cruise Control.

7. Dari segi penampilan, penulis memang sukakan warna Deep Crystal Blue yang ditawarkan oleh Mazda. Walaupun warna Soul Red Crysral lebih garang dan bergaya, namun warna biru gelap ini berjaya menyembunyikan plastic clading sisi yang besar dipasang pada bahagian sisi.

8. Berbeza dengan varian High+ Premium yang terasa sedikit berat, respon enjin 2.0 SkyActiv-G pada varian High+ ini terasa lebih ringan dan seakan melonjak ke depan dengan tangkas tapi tidak terlalu melompat ke depan.

Pertukaran gear juga dibuat dengan sangat lancar dan teratur. Sebenarnya jika anda memandu di lebuhraya, jarang sekali paddle shift akan digunakan. Jika anda suka memandu, CX-30 High+ ini ada 2 perangai yang anda akan suka.

Pertama respon stering dan tindakbalas cesi adalah sedap, cepat dan tidak membuai di selekoh walaupun ia hanya menggunakan sistem torsion beam. Tapi jika anda melalui speed bump di taman perumahan, ia barulah hentakan yang dihasilkan terasa sedikit kasar

Memandu pada halaju tinggi (baca rapat meter), anda masih boleh memandu lurus dengan sebelah tangan sahaja. Ia terasa tenang dan tidak menyebabkan anda seperti perlu bekerja keras untuk memastikan CX-30 ini dipandu lurus

Mungkin salah satu sebab ialah sistem G-Vectoring Control Plus. Berbeza dengan sistem GVC biasa yang menggunakan brek untuk mengawal pergerakan cesi, GVC Plus menggunakan pemasaan enjin bagi memastikan cengkaman pada tayar depan adalah maksimum ketika selekoh diambil

Sebaik sahaja input stering diberikan, sistem EC akan mengurangkan kuasa enjin, tindakan ini adalah sama seperti kita membrek dengan lembut, memindahkan berat cesi dari belakang ke depan bagi cengkaman maksimum dan mengurangkan stering effort

GVC akan mengira dengan tepat berapa tork yang diperlukan untuk menghasilkan weight transfer dari belakang ke depan dan sebaliknya. Hasilnya CX-30 menjadi lebih stabil di selekoh ataupun di laluan lurus. Pemandu tidak berasa penat manakala penumpang tidak mengalami motion sickness

213Nm tork pada 4000 RPM terasa cukup apabila digandingkan dengan Respon brek yang dibuat juga adalah lebih mengigit berbanding dengan CX-9, CX-8 dan CX-5 tapi kurang sedikit berbanding dengan CX-3. Penulis lebih suka menggunakan paddle shift, menurunkan gear ketika membrek bagi membrek dengan lebih kemas lagi

9. Ruang dalaman varian High+ juga tidak berbeza dengan High+ Premium, mengenakan balutan kulit berwarna coklat pada kusyen, papan pemuka dan juga panel pintu. Varian High+ juga mengenakan sedikit kemasa krom pada papan pemuka, pintu dan juga plastik berkilat pada konsol gear

10. Kontur atau rekabentuk kusyen juga sedap untuk digunakan dalam 3 jam pemanduan. Sokongan kusyen pada bahagian belakang, pinggang dan juga bahu adalah mencukupi. Pedal minyak dipasang dengan organ type pedal, menjadikan betis dan urat kaki tidak lenguh menekan pedal

11. Untuk bahagian belakang, corong penyaman udara diberikan tapi sayangnya tiada USB poin disediakan. Hanya 2 USB poin disediakan di bahagian depan dan juga pengecas tanpa wayar di bahagian depan serta sati soket 12 Volt di dalam perehat tangan depan

Penumpang belakang juga diberikan poket untuk menyimpan barang, ruang meletak minuman di panel pintu dan juga perehat tangan yang boleh ditarik daripada penyandar kusyen belakang

Siapa patut beli atau pertimbangkan Mazda CX-30?

Pemandu atau pemilik yang suka memandu, memerlukan sebuah crossover kompak berbanding sedan atau hatchback, menghargai semua ciri pengendalian istimewa yang ditawarkan oleh Mazda dengan kualiti binaan dan pemanduan ibarat sebuah kereta Continental dengan kualiti binaan Jepun.

Jika anda anda masih lagi kecil, maka CX-30 adalah pilihan yang sesuai. Jika anak anda atau anda ramai penumpang, maka CX-8 atau CX-9 adalah pilihan yang lebih wajar. Eh tapi kalau nak jadikan CX-30 2.0G High+ sebagai kereta kedua pun apa salahnya

Sama seperti produk Mazda yang lain, CX-30 diberikan jaminan kualiti selama 5 tahun dan juga 5 tahun servis percuma merangkumi upah buruh, cecair pelincir dan juga alat ganti terpilih.

Google ads
Back to top button