Artikel Pilihan

TOYOTA INNOVA ZENIX, DATANG DENGAN SISTEM TSS 3.0 YANG LEBIH CANGGIH

Pelancaran Toyota Innova Zenix semalam bukan sahaja membawa lembaran baru bagi Toyota yang pertama kali menawarkan sistem hibrid bagi sebuah kenderaan 7 tempat duduk, tapi Toyota Innova Zenix juga datang dengan sistem TSS 3.0

TSS merupakan singkatan kepada Toyota Safety Sense yang telah digunakan oleh kebanyakan model Toyota. Sebagai contoh sedan Toyota Camry dan SUV Toyota RAV4 menggunakan sistem TSS 2.5 manakala Toyota Innova Zenix menerima sistem terkini iaitu TSS 3.0

Pengenalan sistem Toyota Safety Sense pada model Innova Zenix ini merupakan satu peningkatan yang lebih baik berbanding Innova generasi sebelumnya yang hanya dilengkapi dengan sistem amaran titik buta dan amaran lintasa trafik belakang sahaja

Semakan penulis pada risalah jualan Toyota Innova Zenix mendapati sistem TSS 3.0 menawarkan ciri keselamatan tambahan seperti Pre-Collision Brake Assist, Intersection Collision Avoidance Support, Emergency Steering Assist dan juga Road Sign Assist.

Ini bermakna sistem TSS 3.0 boleh membantu mengurangkan risiko kemalangan dengan mengenakan lebih banyak kuasa membrek selepas brek kali pertama diaktifkan, mengurangkan risiko kemalangan di persimpangan jalan, membantu mengelakkan halangan ata objek dan membaca amaran di papan tanda

Berbeza dengan sistem TSS 2.5, sistem TSS 3.0 ini ditambah baik dengan penggnaan kamera beresolusi tinggi dengan jarak serta sudut yang lebih baik bagi mengesan bahaya yang datang dari arah depan. Kamera ini dipasang di bahagian dalam kereta di belakang cermin pandang belakang

Sistem TSS 3.0 juga menerima penambahbaikan pada sistem radar atau pengesan, berupaya mengesan dengan lebih jah serta sudut yang lebih luas. Radar ini juga boleh menerima kemaskini perisian secara automatik dengan ciri Over The Air (OTA)

Penambahbaikan ini memblehkan sistem keselamatan TSS 3.0 beroperasi dalam julat operasi yang lebih meluas, mengesan pejalan kaki, penunggang basikal, penunggang motosikal, mengesan guard rail di lebuh raya, membrek dengan lebih baik ketika sistem ACC digunakan, dan menghentikan kenderaan jika mengesan pemandu gagal memberi tindakbalas

Sistem ini akan melengkapi sistem TSS yang lain seperti Sistem Amaran Titik Buta, Rear Cross Traffic Alert, Auto High Beam, Lane Departure Alert dan Acceleration Suppression at Low Speed. Anda boleh tonton penerangan penuh sistem TSS 3.0 dalam video di bawah.

Google ads
Back to top button