Artikel Pilihan

MAZDA KEMBALI HASILKAN ENJIN ROTARY SELEPAS LEBIH SATU DEKAD –PERKEMBANGAN BAIK NI

Produksi enjin rotary Mazda dihentikan secara rasmi pada 21 Jun 2012 di kilang Ujina No. 1 di Hiroshima. Sehari selepas itu juga produksi Mazda RX-8, kereta enjin rotary tunggal di dunia dihentikan pengeluaran. Tiada sebarang pengganti diumumkan dan dunia permotoran berkabung seketika dengan pemergian enjin lagenda tanpa piston. Tak sempat beli pun RX-7 sebab sampai sekarang duit tak cukup-cukup.

Tapi minggu lepas pada tanggal 22 June 2023, tepat 11 tahun selepas pengeluarannya dihentikan, enjin rotary kembali diproduksi di lokasi yang sama; Ujina No.1.

Walaupun belum ada bukti konkrit sama ada pengganti RX-8 akan dihasilkan tapi ini memang satu perkembangan yang menarik. Enjin rotary baharu ini akan digunakan pada Mazda MX-30 versi elektrik berfungsi untuk mengecas bateri dalaman kereta ini.

Model ini bakal dikenali dengan nama daa. Apa punya pelik nama daa. Enjin rotary ini bagaimanapun tidak berfungsi untuk menggerakkan kereta ini tetapi lebih kepada fungsi pengecas bateri untuk memanjangkan jarak pemanduan kereta ini.

Dalam mod elektrik sepenuhnya MX-30 e-SkyActiv R-EV ini mempunyai jarak operasi 53 batu, kurang sebenarnya dari jarak operasi MX-30 eletrik iaitu 100 batu. Kalau nak capai jarak tu sebenarnya kaki tu kena kawal sikit, jangan asyik nak pecut je.

Tapi kalau semua kuasa bateri dah habis, enjin 830cc 74 hp rotor tunggal akan diaktifkan. Jarak operasi akan bertambah kepada 373 batu. Berita baiknya kalau anda bergerak tanpa melebihi 53 batu, setitis petrol pun tidak akan luak dalam tangki yang mampu mengisi 13 gelen petrol kereta ini.

MX-30 e-SkyActiv R-EV mungkin bukan kereta sports yang kita harapkan sebagai pengganti RX-7 dan RX-8 tapi ia mungkin bakal membuka jalan kepada kereta sports masa hadapan Mazda. Sekurang-kurangnya enjin lejen ni dah kembali walaupun belum bersedia untuk beraksi dalam perlumbaan.

Untuk rekod Mazda sudah menghasilkan hampir 2 juta unit kenderaan dengan enjin rotary. Fuh, banyak tu baii. Satu pun tak terbeli lagi. Sabar, kerja mesti kuat dan doa tak boleh putus.

Kredit japanesenostalgiccar.com

Google ads
Back to top button