Buletin

MAZDA MULAKAN PRODUKSI TRANSMISI DI THAILAND

Mazda Motor Corporation hari ini mengumumkan bahawa produksi transmisi secara besar-besaran telah dimulakan di kilangnya, Mazda Powertrain Manufacturing (Thailand) Co., Ltd. (MPMT). 

mazda-transmission-plant-thailand-mekanika (2)

Terletak di wilayah Chonburi, kilang itu bertanggungjawab menghasilkan transmisi automatik SKYACTIV-Drive. Kapasiti MPMT adalah sekitar 400,000 unit setahun. Apabila digabungkan dengan kilang di Hofu Jepun, Mazda mampu menghasilkan 1.5 juta unit transmisi setahun di peringkat dunia.

Transmisi keluaran MPMT akan dibekalkan ke kemudahan-kemudahan Mazda termasuklah Auto Alliance (Thailand) untuk dipasang pada model Mazda2 (Demio), Mazda3 (Mazda Axela) dan Mazda CX-5.

mazda-transmission-plant-thailand-mekanika (1)

“Kami berusaha keras demi memastikan hasil pengilangan MPMT berada pada kualiti paling tinggi. Ini termasuklah menghantar lebih 30 orang jurutera dan pengurus ke kilang-kilang Mazda di Hiroshima dan Hofu,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MPMT, Hidenori Kawakami.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button