Pandu Uji

MERCEDES-BENZ E 300 BLUETEC HYBRID

Langkah agresif Mercedes-Benz Malaysia (MBM) dalam segmen hybrid mewah diteruskan lagi menerusi pengenalan model E 300 BlueTEC HYBRID.

Mercedes-Benz-E-300-Bluetec-Hybrid-mekanika (10)

Dipertontonkan kepada sekumpulan media pada Disember lalu, E 300 BlueTEC HYBRID disifatkan sebagai sedan mewah paling menjimatkan bahan api di dunia.

Memandangkan jentera ini dipasang tempatan di kilang MBM di Pekan, Pahang, maka ia layak menerima pengecualian cuti sepenuhnya di bawah Dasar Automotif Negara (NAP 2014) yang diumumkan pada tahun lalu.

SONY DSC

Sebab itulah harga yang ditawarkannya cukup menarik iaitu RM348,888 seunit (sdi atas jalan tidak termasuk insurans). Ia lebih murah berbanding model E200 yang dijual pada harga RM366,888 seunit.

Mercedes-Benz-E-300-Bluetec-Hybrid-mekanika (21)

Jentera ini menggunakan enjin diesel empat silinder berkuasa 204hp dan tork 500Nm yang dipadankan dengan kotak gear 7G-TRONIC PLUS. Rangkaian kuasa tersebut digabungkan bersama sebuah motor elektrik (20kW dan 250Nm). Hasilnya, E 300 BlueTEC HYBRID mampu mencatatkan penggunaan bahan api 4.1 liter bagi setiap 100km!

SONY DSC

“E 300 BlueTEC HYBRID adalah kesinambungan terhadap strategi hibrid kami yang agresif. Ia merupakan model hibrid diesel pertama yang ditawarkan oleh kami. Sekali gus menandakan bahawa enjin diesel Mercedes-Benz kembali ditawarkan di pasaran Malaysia,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MBM, Roland S. Folger.

Folger mengakui bahawa pihaknya telah melabur dalam jumlah yang banyak untuk memasang satu lagi varian hybrid di Malaysia. MBM juga bangga kerana dapat menyumbangkan ke arah cita-cita Malaysia untuk menjadi hub kenderaan cekap tenaga (EEV) di rantau ini.

Mercedes-Benz-E-300-Bluetec-Hybrid-mekanika (3)

Konsep modular hibrid pintar yang mendasari pembangunan E 300 BlueTEC HYBRID merupakan penambahbaikan daripada model S 400 L HYBRID. Justeru, tidak hairanlah jika ia menawarkan kualiti, keselesaan dan kemewahan terbaik kepada pemiliknya.

Teknologi hibrid Mercedes-Benz menawarkan pelbagai fungsi tambahan bagi meningkatkan lagi aspek kecekapan dan keselesaan. Antara ciri penting yang ada E 300 BlueTEC HYBRID ialah ECO start/stop, fungsi anjakan kuasa dan banyak lagi.
[hr]GALERI 

Mercedes-Benz-E-300-Bluetec-Hybrid-mekanika (1)Mercedes-Benz-E-300-Bluetec-Hybrid-mekanika (2)SONY DSCSONY DSCMercedes-Benz-E-300-Bluetec-Hybrid-mekanika (14)Mercedes-Benz-E-300-Bluetec-Hybrid-mekanika (18)Mercedes-Benz-E-300-Bluetec-Hybrid-mekanika (19)

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button