Buletin

MAZDA MX-5 GENERASI KEEMPAT

Mazda semalam mendedahkan model roadster popularnya, Mazda MX-5 kepada sekumpulan audiens di Barcelona. Pengenalan roadster itu turut dibuat serentak di Jepun dan Amerika Syarikat. 

mazda-mx-5-mekanika (8)

Sejak diperkenalkan 25 tahun lalu, MX-5 menjadi model roadster dua tempat duduk terlaris di dunia sehingga kini dengan jualan melebihi 940,000 unit. Memandangkan roadster ini hanya akan mula dijual pada tahun 2015 di pasaran Eropah, Mazda nampaknya tidak berkongsi banyak maklumat mengenai MX-5 generasi keempat ini.

mazda-mx-5-mekanika (6)

Apa yang pasti, rekaan luarannya meneruskan bahasa rekaan KODO – Soul of Motion. Rekaan itu kemudian disempurnakan dengan rangkaian teknologi SKYACTIV. Ini termasuklah chasis yang membuatkan MX-5 dikatakan 100 kilogram lebih ringan, tanpa perlu menggunakan material mahal seperti gentian karbon. Sebaliknya, chasis yang tegar itu dibina menggunakan aluminium.

mazda-mx-5-mekanika (1)

Kejayaan mengurangkan berat itu seakan-akan mengulangi sejarah yang telah dicipta oleh MX-5 generasi pertama. Jentera tersebut dilihat berjaya merevolusikan pasaran kereta sports yang ringan dan mampu milik.

mazda-mx-5-mekanika (11)

Mahu mengekalkan keaslian sebuah MX-5, jentera ini kekal menggunakan sistem pacuan roda belakang (pertama untuk chasis SKYACTIV). Kuasanya pula diesktrak daripada enjin petrol SKYACTIV-G yang telah menerima talaan khas. Hantaran kuasa dilakukan menerusi kotak gear manual enam kelajuan.

mazda-mx-5-mekanika (10)

Memiliki titik graviti yang paling rendah, roadster ini meningkatkan lagi elemen Jinba Ittai (istilah yang merujuk kepada penunggang dan kuda menjadi satu). Elemen itu turut disumbangkan oleh agihan berat yang seimbang iaitu 50:50. Justeru, sudah semestinya MX-5 menjanjikan pengalaman pemanduan yang responsif, lincah dan menyeronokkan.

mazda-mx-5-mekanika (9)

“Dibina untuk mereka yang gemar memandu, jentera ini sememangnya menyerlahkan keupayaan Mazda. Ia pasti akan memberi impak besar kepada jenama Mazda,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Mazda Motor Eropah, Jeff Guyton.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button