Buletin

MAZDA2: DILANCARKAN TIDAK LAMA LAGI!

Nampaknya, model kompak Mazda2 dilancarkan lebih awal daripada yang disangka. Seawal bila? Bagaimana kalau hujung bulan ini? Atau lebih tepat lagi 22 Januari 2015. 

Mazda2-price-announced-Mekanika (1)

Berdasarkan kepada brosur yang sudah pun dikongsi oleh banyak pihak di internet, Mazda2 akan ditawarkan dalam dua varian iaitu sedan dan hatchback. Harga di antara kedua-dua varian itu pun sama sahaja iaitu bawah RM88,000 seunit (di atas termasuk insurans).

Senarai kelengkapan yang ada pada model CBU ini boleh tahan. Selain reka bentuk KODO – Soul of Motion, Mazda2 juga didatangkan dengan pelbagai teknologi SKYACTIV.

Mazda2-mula-diproduksi-mekanika (2)

Mazda2 akan dikuasakan oleh unit enjin SKYACTIV-G bersesaran 1.5 liter. Mampu menghasilkan kuasa mencecah 114hp dan tork 148Nm, ia dipadankan dengan kotak gear automatik enam kelajuan SKYACTIV-Drive.

Di bahagian kabin, tempat duduknya dibalut kulit. Sementara konsol tengah diisi dengan sistem Mazda Connect yang terdiri daripada skrin sentuh LCD bersaiz tujuh inci lengkap dengan Commander Control dan kamera mengundur.

Mazda2-price-announced-Mekanika (5)

Ciri-ciri penting lain yang turut dipasang ialah sistem kemasukan tanpa kunci, butang penghidup enjin, i-Stop, paddle shifter, Head-up Display (HUD) dan banyak lagi.

Menyentuh tentang aspek keselamatan pula, Mazda2 dilengkapi dua beg udara, selain  ABS, EBD, Brake Assist (BA), Traction Control dan Dynamic Stability Control.

Mazda2-price-announced-Mekanika (7)

Memang menarik! Saya sendiri sudah tidak sabar untuk melihat Mazda2 secara dekat pada 22 Januari ini!

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button