Motosikal

GOGORO SMARTSCOOTER

Syarikat teknologi dari Taiwan, Gogoro mengujakan industri skuter dunia apabila memperkenalkan model Smartscooter pada acara Consumer Electronics Show (CES) 2015 di Las Vegas baru-baru ini.

Gogoro-Smartscooter-mekanika (15)

Apa yang menjadikan skuter ini sangat istimewa? Harus tahu bahawa Smartscooter menggunakan material yang digunakan oleh supercar. Bagi menawarkan prestasi, kuasa, kualiti tunggangan dan pengendalian terbaik, Gogoro telah membangunkan satu rangkaian kuasa, chasis, suspensi dan komponen elektronik yang unik.

Skuter itu dikuasakan oleh sebuah motor elektrik, G1 Motor yang padat kuasa dan kompak. Enjin tersebut dipasang pada kerangka monokok aluminium Aeroframe yang sangat ringan dan kukuh.

Gogoro-Smartscooter-mekanika (13)

Bagi menawarkan kualiti tunggangan terbaik, Smartscooter menggunakan suspensi perlumbaan yang diinspirasikan oleh peralatan mendarat jet pejuang pada roda hadapan dan suspensi jenis multi-link di belakang.

Smartscooter didakwa sebagai antara skuter paling pintar. Ia memiliki 30 alat pengesan, ketersambungan awan dan aplikasi mobile bersepadu Gogoro. Gogoro iQ System berfungsi menyelaras Smartscooter, aplikasi Gogoro, bateri Gogoro, GoStation dan Gogoro Energy Network secara tanpa wayar.

Gogoro-Smartscooter-mekanika (12)

Aplikasi tersebut akan menggunakan Gogoro iQ System untuk mencari lokasi GoStation yang terdekat, menyediakan diagnostik skuter secara terperinci, kawalan pendikit adaptif dan mengubah suai sistem brek janaan semula tenaga.

Gogoro-Smartscooter-mekanika (23)

Sistem itu juga berupaya merekod perincian perjalanan bagi membolehkan penunggang menganalisa corak tunggangannya untuk mengoptimumkan kuasa serta  penggunaan tenaga.

Gogoro-Smartscooter-mekanika (8)

Bagi menjadikan penggunaan skuter ini lebih efisien, Gogoro turut memperkenalkan infrastruktur penukaran bateri yang dikenali sebagai Gogoro Energy Network. Hanya enam saat diperlukan untuk mengambil bateri daripada mesin GoStations dan memasukkannya ke dalam skuter.

Lebih menarik lagi, pemilik Smartscooter boleh mengubah suai skuter mengikut kecenderungan masing-masing. Mereka boleh menukar tahap pecutan, pendikit, warna spektrum skrin papan pemuka, bunyi buka/kunci, warna tema lampu dan banyak lagi.

Gogoro-Smartscooter-mekanika (4)

Dijangka dipasarkan pada tahun ini, harga Smartscooter bagaimanapun masih belum diketahui.
[hr]GALERI

Gogoro-Smartscooter-mekanika (1)Gogoro-Smartscooter-mekanika (2)Gogoro-Smartscooter-mekanika (3)Gogoro-Smartscooter-mekanika (6)Gogoro-Smartscooter-mekanika (10)Gogoro-Smartscooter-mekanika (9)Gogoro-Smartscooter-mekanika (14)Gogoro-Smartscooter-mekanika (16)Gogoro-Smartscooter-mekanika (18)Gogoro-Smartscooter-mekanika (24)Gogoro-Smartscooter-mekanika (22)

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button