Motosikal

SHARK LANCAR TOPI KELEDAR BAHARU

Diedarkan secara rasmi oleh pihak Winmaster Sdn. Bhd. (Winmaster), ia menampilkan rekaan dan teknologi terbaharu.

Shark syuk-9

Sebanyak tujuh barisan model topi keledar diperkenalkan (sedia ada dan baharu) pada harga bermula RM400 hingga RM2,888 seunit. rancis. Ia hadir dalam saiz XS, S, M, L dan XL.

“Sehingga kini terdapat kira-kira 12 model Shark dijual di pasaran. Dengan pengalaman lebih 25 tahun, Shark merupakan antara peneraju dalam dunia topi keledar. Diasaskan oleh bekas pelumba profesional, rekaan topi keledar Shark mementingkan kualiti serta keselamatan,” kata Pengurus Besar Winmaster, Ron Tan.

shark-helmet-mekanika (13)

Koleksi tahun 2015 diserlahkan menerusi model Skwal. Topi keledar muka penuh itu (full face) itu kini dilengkapi sistem lampu LED sebagai satu ciri standard.

Tiga lampu LED yang ada pada topi keledar tersebut menggunakan bateri yang boleh dicas semula. Lampu itu boleh digunakan selama lima hingga sepuluh jam pada keadaan lampu berkelip.

shark-helmet-mekanika (2)

Topi keledar Evo-one menggunakan rekaan flip-front dan gayaan seperti topi juruterbang jet pejuang. Ia menawarkan bukaan dan boleh ditutup pada bahagian dagu secara automatik. Dengan rekaan yang kompak, ia hanya seberat 1,650 gram.

Satu lagi model sedia ada yang menerima proses naik taraf ialah EvoLine yang kini didatangkan dengan kemasan karbon. Model Speed-R pula lebih ringan kerana menggunakan teknologi gentian.

shark-helmet-mekanika (23)

Bagi menjadikan tawaran topi keledarnya lebih menarik, rekaan grafik baharu pada model sedia ada telah ditambah. Setiap topi keledar hadir dalam beberapa pilihan warna iaitu putih, hitam dan perak bersama pilihan grafik. Ia juga ditawarkan dengan 10 jenis visor dengan pelbagai pilihan warna antaranya dark smoke, biru, kuning dan perak terang.

Barisan topi keledar Shark boleh didapati di 50 peruncit Shark seluruh negara. Lebih menarik, pihak Winmaster turut menawarkan waranti lima tahun.

SONY DSC

Berpangkalan di Marseille, Shark mengeluarkan kira-kira 350, 000 topi keledar setiap tahun dengan rangkaian 5,000 cawangan di seluruh dunia.

Pada majlis yang sama juga Winmaster memperkenalkan dua produk baharu iaitu Furygan Racing dan Bagster Motor Luggages.

SONY DSC

Jenama Bagster secara rasminya bakal berada di pasaran negara sekitar Mac ini. Selain aksesori motosikal seperti beg dan pelindung tangki, Winmaster juga menawarkan tempat duduk motosikal custom. Pelanggan boleh memilih rekaan dan material yang diinginkan dan pesanan akan dihantar terus ke Perancis.
[hr]GALERI

shark-helmet-mekanika (1)SONY DSCSONY DSCshark-helmet-mekanika (10)shark-helmet-mekanika (11)shark-helmet-mekanika (12)shark-helmet-mekanika (16)shark-helmet-mekanika (17)shark-helmet-mekanika (19)shark-helmet-mekanika (24)

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button