Buletin

MAZDA6 MASIH LAGI DIJUAL DI AUSTRALIA

Mazda baru-baru ini mengumumkan penamatan jualan bagi model sedan Mazda6 di pasaran UK, disebabkan oleh prestasi yang semakin merudum dan permintaan terhadap SUV yang semakin meningkat.

Pun begitu, masih lagi terdapat beberapa buah negara yang mengekalkan penjualan sedan segmen D tersebut, seperti Australia.

Laporan CarExpert menyebut pasaran tersebut masih lagi mengekalkan penjualan model Mazda6.

Wakil jurucakapnya menjelaskan, Mazda6 memainkan peranan yang penting di dalam penawaran model kenderaan di Australia, dan model tersebut dijangka akan dikemaskini pada tahun ini.

Model yang dimaksudkan itu merupakan versi ulang tahun ke-20 penjualan Mazda6 sejak ia mula dilancarkan pada tahun 2002, ditawarkan dalam warna khas Artisan Red atau Rhodium White, rim 19 inci serta kemasan unik pada bahagian gril hadapan.

Di Australia, Mazda6 menduduki tangga kedua di dalam segmen sedan saiz pertengahan di belakang Toyota Camry. – CarExpert

Google ads
Back to top button