Buletin

HONDA PERKENALKAN ENJIN J35Y8 UNTUK HONDA PILOT 2023

Honda memperkenalkan enjin V-6 aspirasi semula jadi baharu untuk Honda Pilot 2023 yang dikenali sebagai J35Y8. Ini adalah kali pertama Honda atau Acura membina DOHC V-6 aspirasi semula jadi sejak NSX generasi pertama.

Secara ringkas, VTEC ialah satu sistem untuk meningkatkan efisien pada sesebuah enjin.Biasanya ia dilengkapkap dengan enjin NA (naturally aspirated) ataupun enjin tanpa sebarang induksi paksaan (tanpa turbocharged atau supercharged).

Ia membolehkan penggunaan bahan api lebih rendah pada RPM yang lebih rendah, tetapi ia tetap membawa kepada watak enjin berprestasi tinggi.

Enjin J35Y8 V-6 tanpa VTEC ini membawa penambahan lima kuasa kuda kepada Pilot serba baharu, dengan hamburan kuasa sehingga 285Hp secara keseluruhan. Walau bagaimanapun, enjin baharu ini tidak memberikan peningkatan tork, mengekalkan tork pada 355Nm.

Kedua-dua angka puncak tersebut adalah lebih tinggi sedikit berbanding sebelumnya, masing-masing 100 dan 300 rpm. Oleh itu, ia akan digunakan untuk Honda Pilot 2023 terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke kenderaan V-6 honda yang lain.

Menurut Honda, kelebihan enjin J35Y8 ialah keluaran NOx telah menurun sebanyak 40 hingga 50 peratus sekaligus mematuhi SULEV30, dan harus kekal sedemikian sehingga sekurang-kurangnya pada 2030.

Kecekapan tersebut boleh dicapai disebabkan oleh faktor sistem bahan api suntikan terus pada J35Y8.  Sistem ini juga boleh melakukan sehingga tiga semburan setiap kitaran pembakaran, dengan menggunakan lubang penyuntik yang lebih kecil dalam proses itu.

Walaupun J35Y8 V-6 mungkin tidak membawa peningkatan prestasi seperti yang diharapkan oleh peminat Honda, tetapi ia akan membantu Honda merapatkan jurang dalam program kenderaan elektrik bagi memastikan Honda tidak ketinggalan jauh dalam pasaran di masa hadapan.

Google ads
Back to top button