Motosikal

SKUTER YAMAHA CYGNUS X SR

Yamaha Motor kembali menunjukkan kepakarannya dalam menghasilkan skuter. Jenama dari Jepun itu kini memperkenalkan Yamaha Cygnus X SR 2016.

yamaha-xc125sr-mekanika (2)

Yamaha Cygnus X SR dilengkapi  enjin pancitan bahan api (FI) SOHC dengan keupayaan menghasilkan kuasa 9.8hp.  Angka berkenaan memberikan kepuasan pengendalian kepada penunggang.

Turut difahamkan model tersebut  lebih ringan. Kelebihan itu memberikan kelincahan pada Cygnus mencelah di tengah kesesakan trafik.

yamaha-xc125sr-mekanika (4)

Bagi kuasa berhenti yang mengagumkan, Cygnus dipadankan dengan cakera berdiameter 245mm di depan. Belakangnya pula dilengkapi brek cakera bersaiz 200mm.

Yamaha turut melakukan pembaharuan pada bahagian penampilan Cygnus.  Lampu belakang kini mengaplikasi  teknologi  LED. Rekaan baharu yang diketengahkan itu menyerlahkan imej sporty.

yamaha-xc125sr-mekanika (5)

Selain itu, pada bahagian meter ditawarkan dengan skrin  LCD pelbagai fungsi yang besar. Gabungan warna biru memudahkan penunggang melihat pada waktu malam.

Ruang menyimpan barang turut dipertingkatkan kepada 29 liter. Begitu juga pada ruang di depan. Ini  bagi memudahkan pemilik menyimpan barangan lebih banyak. Namun, pertambahan itu tidak menjejaskan ruang kaki di depan.

yamaha-xc125sr-mekanika (3)

Tonton iklan model tersebut: https://www.youtube.com/watch?v=Hy_Nk3aDosw

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button