Buletin

MCLAREN 570GT DIPASARKAN DI INDONESIA

McLaren 570GT pertama kali didedahkan ketika Geneva Motor Show Februari lalu. Menariknya, McLaren Jakarta bakal menghadirkan model tersebut ke pasaran tempatan.

McLaren-570GT-2017-mekanika (7)

Bagaimanapun, tarikh pelancaran 570GT masih belum diputuskan.  Namun, pihak McLaren negara jiran itu menganggarkan pelanggan perlu menunggu sekurang-kurangnya enam bulan.

Secara fizikal,  tidak banyak perbezaan di antara 570GT dan 570S. Model supercar berkenaan dikatakan sebagai produk paling mewah dan istimewa. Dengan berat yang lebih ringan dan penggunaan kualiti material khusus terbaik.

McLaren-570GT-2017-mekanika (4)

Untuk praktikaliti, cermin belakang 570GT boleh dibuka untuk kemudahan memuatkan barangan tambahan sehingga 370 liter.

Walaupun mengambil asas casis gentian karbon MonoCell II daripada 570S Coupe,  ciri aerodinamik lebih difokuskan di bahagian tengah.

McLaren-570GT-2017-mekanika (9)

McLaren turut mengurangkan kekerasan suspensi hadapan sebanyak 15 peratus dan belakang 10 peratus  untuk diseimbangkan dengan prestasi enjin.

Bahagian kabin, McLaren menawarkan 12 unit pembesar suara dari Bowers & Wilkins. Bahagian mekanikal tiada perubahan. McLaren menggunakan enjin 3.8 liter V8 twin turbo yang mampu menghasilkan kuasa 570hp dan tork 600Nm ke roda belakang.

McLaren-570GT-2017-mekanika (3)

Keempat-empat sudutnya disempurnakan dengan tayar Pirelli P Zero yang menggunakan teknologi Pirelli Noise Canceling System (PNCS).

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button