Buletin

TEKNOLOGI LIDAR FORD MAMPU GANTI FUNGSI LAMPU

Baru-baru ini, dalam kegelapan malam, sebuah kenderaan ujian berautonomi Ford Fusion Hybrid dipandu di laluan gurun yang sunyi tanpa lampunya dipasang. Tugas itu pasti sangat berbahaya untuk mana-mana pemandu.

Ford Fusion Autonomous Research Vehicles Use LiDAR Sensor Techno

Pemanduan di Pusat Ujian Ford Arizona itu sebenarnya membuktikan satu lagi langkah Ford dalam menghasilkan kenderaan berautonomi. Ini merupakan satu pembangunan yang penting kerana ia menunjukkan walaupun tanpa kamera yang bergantung kepada cahaya, teknologi LiDAR Ford – berfungsi dengan perisian pemandu maya kenderaan – adalah cukup pintar untuk melalui jalan berbengkang-bengkok.

Biarpun ideal untuk memiliki ketiga-tiga mode alat pengesan iaitu radar, kamera dan LiDAR – teknologi LiDAR sebenarnya mampu beroperasi sendiri di atas jalan raya yang gelap.

Ford Fusion Autonomous Research Vehicles Use LiDAR Sensor Techno

“Terima kasih kepada LiDAR, kereta ujian ini tidak bergantung kepada cahaya matahari mahupun kamera untuk mengesan garisan putih di atas jalan,” kata Ketua Teknikal Ford untuk Kenderaan Berautonomi, Jim McBride. “Malah, LiDAR membolehkan kenderaan berautonomi memandu dengan baik dalam keadaan gelap, sama seperti ia dipandu pada waktu siang.”

Untuk bergerak dalam keadaan gelap, kereta tersebut menggunakan peta 3D beresolusi tinggi. Peta itu lengkap dengan maklumat tentang laluan, garis jalan, geografi, topografi serta penanda jalan seperti papan tanda, bangunan dan pokok.

Ford Fusion Autonomous Research Vehicles Use LiDAR Sensor Techno

Kenderaan menggunakan denyutan LiDAR untuk bergerak di atas peta pada masa sebenar. Data tambahan daripada radar digabungkan dengan maklumat LiDAR untuk melengkapkan kemampuan pengesanan sepenuhnya kenderaan berautonomi ini.

Untuk ujian di jalan gurun ini, pasukan Ford yang memakai gogal pandangan malam memantau Fusion dari dalam dan luar kenderaan. Gogal itu membolehkan LiDAR melaksanakan tugasnya dalam bentuk satu pancaran lazer infra merah yang dipancarkan di sekeliling kereta apabila ia bergerak. Alat-alat pengesan LiDAR mengeluarkan 2.8 juta denyutan lazer sesaat untuk mengimbas persekitarannya dengan tepat.

Ford Fusion Autonomous Research Vehicles Use LiDAR Sensor Techno

“Di dalam kereta, saya dapat rasakan ia bergerak. Tetapi apabila memandang ke luar tingkap, saya hanya nampak malam yang gelap,” kata seorang saintis dan jurutera Ford, Wayne Williams.

Selepas lebih sedekad Ford menjalankan penyelidikan kenderaan berautonomi, syarikat kini komited untuk mencapai kemampuan pemanduan berautonomi sepenuhnya yang didefinisikan sebagai SAE International Level 4. Ia tidak memerlukan pemandu untuk memberi maklum balas atau mengawal kenderaan.

Ford Fusion Autonomous Research Vehicles Use LiDAR Sensor Techno

Tahun ini, Ford akan menggandakan jumlah kenderaan autonominya menjadi 30 unit melibatkan sedan Fusion Hybrid untuk diuji di California, Arizona dan Michigan.

Pembangunan ini merupakan elemen penting dalam Mobiliti Pintar Ford, pelan untuk membawa Ford ke tahap seterusnya dalam bidang ketersambungan, mobiliti, kenderaan berautonomi, pengalaman pemandu, data dan analisis.

Google ads
Back to top button