Motosikal

GAYA RETRO BELL BULLITT CARBON RSD!

Para peminat topi keledar oldskool kini boleh memiliki produk yang menerima sentuhan Roland Sands Design (RSD).batch_bell-bullitt-carbon-helmet-mekanika4

Biarpun begitu, topi keledar ini dihasil menggunakan teknologi dan memenuhi ciri keselamatan terkini. Topi keledar Bell Bullitt Carbon daripada RSD ini dilihat menjadi penyambung di antara era kegemilangan motosikal dan zaman sekarang.

Cengkerangnya diperbuat daripada komposit gentian karbon yang sangat tahan lasak dan ringan. Pada bahagian dalamannya, Bell Bullitt dipasang dengan pelapik berkepadatan berbeza EPS.

batch_bell-bullitt-carbon-helmet-mekanika1

Pelapik dalaman yang diperbuat daripada suede mikro anti bakteria itu boleh ditanggal untuk dibersihkan.

Ditawarkan dari saiz XS hingga XXL, topi keledar ini hadir bersama corong udara pada bahagian dagu dan extractor yang mana port dilindungi oleh kemasan besi.

batch_bell-bullitt-carbon-helmet-mekanika3

 

Rekaan itu menjanjikan aspek pengudaraan terbaik untuk keselesaan pengguna.

Lebih menarik lagi, Bell Bullit didatangkan dengan visor belon yang cukup retro! Jika itu tidak kena dengan selera anda, pilih sahaja visor yang biasa.

batch_bell-bullitt-carbon-helmet-mekanika5

Topi keledar Roland Sands Design Bell Bullitt Carbon kini sudah boleh ditempah dan ditawarkan pada harga AS$600 (RM2,400) untuk pasaran Amerika Syarikat.

Foto: Roland Sands Design

Google ads
Back to top button