
ANDA KINI BOLEH CAJ KERETA DI 26 STESEN PENGECAS EV DI 17 OUTLET STARBUCKS
Starbucks Malaysia dengan kerjasama Yinson GreenTech baru-baru ini melancarkan stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) pertamanya. Dikuasakan oleh chargEV, pengecas EV pertama itu dipasang di Starbucks Eco Grandeur di Puncak Alam, Selangor.
Dalam tempoh tiga tahun akan datang, pengecas pantas DC dan AC akan dibina dalam rangkaian pandu lalu Starbucks di Malaysia. Jadi, pelanggan boleh menikmati minuman Starbucks sementara menunggu kenderaan mereka dicas.
chargEV ialah rangkaian pengecasan awam terbesar yang beroperasi di lebih 400 lokasi pengecasan di seluruh negara. Dua jenis pengecasan ditawarkan iaitu pengecas pantas DC dan AC standard.
Untuk menggunakan stesen pengecasan, pemilik EV perlu memuat turun aplikasi chargEV melalui Apple Store atau Google Play Store bagi mengaktifkan sesi pengecasan mereka.
Mereka perlu sediakan profil di aplikasi tersebut, seterusnya, pilih stesen pengecasan pilihan dan membuat pembayaran pada setiap penggunaan. Aplikasi itu tidak memerlukan keahlian, tetapi pengguna boleh memilih untuk melanggan komitmen satu tahun yang menawarkan promosi eksklusif serta kadar diskaun keahlian di semua lokasi pengecasan AC dan DC chargeEV di Malaysia.
Mulai hari ini, terdapat 26 stesen pengecas EV di 17 outlet Starbucks di Lembah Klang, Pulau Pinang, Melaka dan Johor.
Senarai penuh outlet yang akan mempunyai pengecas EV:
● Starbucks Kota Kemuning Drive-Thru
● Starbucks Reserve™ Setia Alam
● Starbucks Ukay Perdana Drive-Thru
● Starbucks Conezion Putrajaya Drive-Thru
● Starbucks Eco Gradeur Drive-Thru
● Starbucks Rimbayu Drive-Thru
● Starbucks Jade Hill Drive-Thru
● Starbucks Reserve™ Eco Majestic Drive-Thru
● Starbucks Eco Horizon Drive-Thru
● Starbucks Icon City Drive-Thru
● Starbucks Hillside Drive-Thru
● Starbucks Juru (R&R) Drive-Thru
● Starbucks Tanjong Tokong Drive-Thru
● Starbucks Malim Jaya Drive-Thru
● Starbucks Bandar Seri Alam Drive-Thru
● Starbucks Seri Austin Drive-Thru
● Starbucks Skudai (R&R) Drive-Thru
Bermula 1 November 2022, pelanggan yang mengecas EV mereka di salah satu daripada 17 buah Starbucks yang disenaraikan boleh menikmati diskaun 50 peratus minuman Grande Handcrafted Beverage di dalam satu resit tunggal.
Mereka hanya perlu mengimbas ID chargEV di aplikasi untuk menebus diskaun tersebut. Promosi sah untuk tempoh 12 bulan, tertakluk kepada terma dan syarat.







