Buletin

MERCEDES-AMG GLE 53 4MATIC+ COUPE RASMI DILANCARKAN – JANA 435HP, HARGA RM873K

Mercedes-Benz Malaysia hari ini secara rasmi melancarkan Mercedes-AMG GLE 53 4MATIC+ Coupe untuk pasaran tempatan.

Dari penampilan, ia diberi rupa yang sporty disamping padanan gril, rongga udara serta diffuser dan diserlahkan lagi melalui rim bersaiz 22-inci.

Di bahagian dalam, ia dilengkapi sistem audio 3D Burmester, sistem pendingin hawa automatik Thermotronic, dua skrin bersaiz 12.3-inci, MBUX Interior Assistant, dan MBUX Augmented Reality Navigation serta Driving Assistance Package Plus.

Selain itu, bahagian dalam dikemaskan dengan kemasan gentian karbon, tempat duduk sports serta stereng prestasi.

Beralih kepada kuasa, model ini dikuasakan oleh enjin 3.0-liter turbo petrol 6-silinder sebaris, berupaya menghasilkan 435hp dan 560Nm tork.

Nadi berkenaan dipadankan bersama sistem mild hybrid 15kW/200Nm dan kuasa disalurkan ke semua roda melalui sistem 4Matic+.

Sementara itu, had laju maksima pula ditetapkan pada 250km/j dan mempunyai daya pecut 100km/j dalam masa 5.0 saat.

Tambahan, AMG Active Ride Control juga didatangkan sebagai standard untuk Mercedes-AMG GLE 53 4MATIC+ Coupe.

Dari segi keselematan, ia dilengkapi dengan perincian seperti pakej Driving Assistance Package Plus, merangkumi Active Distance Assist, Exit Warning function, Active Steering Assist, PRE-SAFE Impulse Side, kamera 360 darjah dan Guard 360°.

Untuk harga, Mercedes-AMG GLE 53 4MATIC+ Coupe boleh dimiliki pada harga bermula RM873,888.

GALERI:

Google ads
Back to top button