Buletin

MERCEDES-BENZ GLC 300 COUPE 4MATIC DILANCARKAN – 258HP, HARGA BERMULA RM469K

Selain Mercedes-AMG GLE 53 4MATIC+ Coupe, turut dilancarkan hari ini ialah Mercedes-Benz GLC 300 Coupe 4MATIC 2024.

Untuk Mercedes-Benz GLC 300 Coupe 4MATIC 2024, ia didatangkan dengan kit AMG Line dengan pakej Chrome dan dipadankan bersama lampu LED digital dengan Adaptive Highbeam Assist Plus.

Perincian lain termasuklah dilengkapi bumbung panoramik selain, diserlahkan melalui rim bersaiz 20-inci AMG dan gril yang menampilkan bintang ikonik Mercedes-Benz.

Di bahagian dalam, ia dimuatkan skrin melengkung dengan paparan instrumen digital, sistem MBUX, sistem penghawa dingin automatic Thermatic, dan Keyless-Go Comfort Package.

Selain itu, bagi memberikan nuansa mewah, tempat duduk digayakan dengan balutan kulit ARTICO.

Beralih kepada kuasa, ia dijana oleh enjin 2.0-liter turbo, berupaya menghamburkan kuasa 258hp dan 400Nm tork serta digandingkan dengan sistem mild hybrid berkuasa 17kW dan 205Nm.

kuasa disalurkan ke semua roda melalui sistem 4Matic+ dan mempunyai daya pecutan 100km/j hanya menelan masa dalam 6.3 saat.

Untuk rekod, kelajuan maksima pula dihadkan pada 246km/j.

Ciri keselamatan pula dilengkapi dengan butiran seperti berikut:

  • Sistem Pre-Safe
  • Blind Spot Assist
  • Active Lane Keeping Assist
  • Active Brake Assist
  • Guard 360
  • Active Parking Assist

Untuk harga, Mercedes-Benz GLC 300 Coupe 4MATIC 2024 dijual dengan tanda harga bermula RM469,888.

GALERI:

Google ads
Back to top button