Buletin

MBM TAWAR PENGALAMAN BAHARU DENGAN MERCEDES ME STORE. BERMULA RM389 SETAHUN

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) mengumumkan Mercedes me Store kini ada menawarkan produk digital tambahan.

Perkhidmatan keselamatan dan penyelenggaraan yang penting seperti SOS, bantuan tepi jalan dan pengurusan kemalangan, serta mendapatkan semula data kenderaan akan kekal percuma selama-lamanya.

Perkhidmatan personalisasi adalah seperti di bawah. Namun, spesifikasi produk mungkin berbeza bergantung pada pra-syarat teknikal kenderaan.

Mercedes me Store membolehkan pelanggan membeli tawaran personalisasi terpilih yang merangkumi perkhidmatan digital masa hadapan dan peningkatan inovatif. Pelanggan kini mempunyai fleksibiliti penuh dalam memilih pakej yang serasi dengan kenderaan mereka.

Edmin Naidoo, Naib Presiden Perkhidmatan Pelanggan di Mercedes-Benz Cars, Malaysia dan SEA II berkata “Sejak diperkenalkan kali pertama ke pasaran tempatan pada 2019, Mercedes me Connect menyediakan pengalaman digital dengan tawaran khas.

“Ia sebagai sebahagian daripada komitmen kami untuk meningkatkan lagi pemanduan, pengalaman serta keselesaan perjalanan pemilikan pelanggan. Sebagai jenama mewah global, kami sentiasa mencari cara baharu untuk mengemas kini penawaran kami.

“Adalah wajar bagi kami untuk meningkatkan perkhidmatan dengan menawarkan pengalaman digital yang mudah di hujung jari pelanggan. Kami yakin pelanggan sedia ada dan akan datang boleh melihat nilai serta menghargai pengalaman digital baharu ini.”

Google ads
Back to top button