
MFORCE LANCAR QJMOTOR SRK600. 2 PILIHAN WARNA, 80.5HP, BERMULA RM36K
QJMotor SRK600 telah dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan pada harga bermula RM35,888 (tidak termasuk insurans dan cukai jalan.
Motosikal tersebut diedar oleh syarikat automotif nasional, MForce Bike Holdings selaku pegedar ekslusif jenama QJMotor di Malaysia. Ia hadir dalam dua pilihan warna iaitu merah dan putih.
QJMotor SRK600 dijana oleh enjin 4 silinder sebaris, 16-injap dengan teknologi DOHC yang mampu menghasilkan kuasa maksimum 80.5hp pada 11,000rpm dan tork 55Nm pada 8,000rpm. Enjin itu menawarkan keseimbangan antara kecekapan bahan api dan kuasa. Selain memberikan agihan berat yang lebih seimbang.

Brek hadapan dan belakang dipasang dengan sistem ABS dwi-saluran dan angkup Brembo untuk keselamatan maksimum. Sistem suspensi pula terdiri daripada jenis teleskopik terbalik Marzocchi di hadpan dan lengan hayun jenama Kayaba (KYB) untuk roda belakang.
Jentera berkenaan dibina di atas kerangka trellis yang ringan untuk menawarkan pengendalian lincah. Bukan itu sahaja, QJ Motor SRK600 juga didatangkan dengan sistem Assist & Slipper Clutch menjadikannya lebih selesa dan menyeronokkan untuk ditunggang di kawasan bandar.
Model naked itu tampil dengan reka bentuk moden dan sporty. Ia juga mempunyai ciri-ciri terkini dan memudahkan penunggang. Antaranya ialah sistem pintar tanpa kunci yang hanya memerlukan penunggang memulas konsol motosikal untuk menghidupkan enjin.

Sistem itu nyata memberikan kelebihan dari segi keselamatan kerana kunci hanya boleh digunakan dalam jarak lingkungan tiga meter sahaja. Motosikal itu juga menggunakan lampu LED penuh untuk kualiti pencahayaan lebih baik.
QJMotor SRK600 menggunakan meter paparan TFT bersaiz 5 inci bersama tiga mode pilihan iaitu siang, malam atau auto. Bagi mode auto, skrin ini akan berubah mengikut kecerahan cahaya tanpa mengira cuaca atau kelajuan semasa menunggang. Skrin TFT sangat membantu dalam memaparkan maklumat yang diperlukan dengan cepat dan tepat.
Penunggang tidak perlu kerap ke stesen minyak kerana SRK600 dilengkapi tangki bahan api bersaiz 15 liter.
Jika berminat, QJMotor SRK600 sudah boleh didapati di mana-mana pengedar sah MForce di seluruh Malaysia bermula pertengahan Jun depan.
Setiap pembelian QJMotor SRK600 hadir bersama jaminan pengeluar selama dua tahun atau jarak perjalanan 20,000km (mana-mana tiba dahulu), selain perkhidmatan pembelian alat ganti tulen atas talian oleh MForce Bike Holdings.
- BACA: SYM HUSKY ADV 150. TOLONGLAH MASUK MALAYSIA
- BACA: MFORCE LANCAR BX 150 FACELIFT 2021. 3 VARIAN, BERMULA RM10,488 SEUNIT
- BACA: MFORCE BIKE LANCAR WMOTO F15. 3 WARNA PILIHAN, HARGA RM5,999 SEUNIT
- BACA: MOTO MORINI X-CAPE 650 & QJ MOTOR SRT 800 TIBA DI MALAYSIA. LANCAR Q2 2022, HARGA BAWAH RM45K?
GALERI

















