Artikel Pilihan

MEMPERKENALKAN TOYOTA TAZZLA DARI AFRIKA SELATAN – WAKA WAKA EY EY

Ini bukan model rasmi dari Toyota tapi hasil kreativiti seorang jejaka berusia 26 tahun dari Afrika Selatan. Jejaka bernama Oefentse Mphatsoe (err korang cuba cari sendiri la sebutannya ya) menghasilkan sebuah model yang beliau gelarkan Toyota “Tazzla”.

Okey sebelum korang memandai-mandai buat andaian ia bukannya sebuah model Toyota yang disumpah menjadi Tesla dan tidak melibatkan apa-apa pembedahan elektrik. Ia sebenarnya diasaskan daripada Toyota Corolla E90 yang dipasarkan di Afrika Selatan.

Cars Magazine dari Afrika Selatan telah memuat naik video khas untuk kereta ini yang menunjukkan hasil ciptaan yang dikira sebagai unik. Yang mengutuk pun ramai, well nak buat macam mana, haters gonna hate kan kata Pok Mat Pulau Kambing.

Ia dihasilkan daripada pelbagai barangan buangan dan dikitar semula oleh Mphatsoe sehingga Corolla yang biasanya dikaitkan dengan orang-orang kini menjadi seperti watak dari filem Transformers. Korang rasa ini Autobots ke Decepticons?

Bayangkan dengan sumber yang terhad, jejaka sempoi ni boleh hasilkan kereta yang menjadi perhatian ramai. Siap ada pintu gaya butterfly tu. Korang hado? Ini kalau bawak pergi makan kenduri kat Kokdiang ni riuh satu kampung.

Mphatsoe ni bukan calang-calang sebenarnya dan mempunyai latar belakang dalam bidang IT dan beliau sedang mengikuti kursus mempateri kerana minat yang mendalam dalam bidang rekaan. Bikla dah terer lepas ni memang entah apa yang akan ditambah pada kereta ini.

Lebih mengkagumkan, menurut Mphatsoe, kereta ini sudah mendapat kelulusan untuk digunakan di atas jalan raya dan memenuhi syarat keselamatan. Fuh sempoi betul agensi kat sana. Diorang pakai puspakom jugak ke? Kereta yang macam boleh bertukar jadi robot ni pun boleh lulus.

Modifikasi ini mungkin nampak kelakar dan tak ‘JDM’ kata kaki-kaki kereta baru nak up tapi siapalah kita untuk menilai orang lain. Sekurang-kurangnya T-Chala, maaf Mphatsoe ni kreatif dan tidak terikat dengan trend mana-mana. Kira beliau ni pengkarya bebas la kan?

Google ads
Back to top button