
MFORCE PERKENAL SM SPORT 110R DENGAN WARNA DAN GRAFIK BAHARU. RM4,018 SEUNIT
Sejak SM Sport 110R dilancarkan pada tahun 2017, MForce Bike Holdings sentiasa meningkatkan mutu dan kualiti demi memastikan kepuasan para peminat motosikal.
Kini, MForce Bike Holdings menawarkan pula SM Sport 110R versi baharu yang telah menerima penambahbaikan dari segi warna dan grafik agar seiring dengan citarasa semasa.
SM Sport 110R didatangkan dengan enjin yang mampu menghasilkan kuasa setinggi 6.04hp pada 7,500rpm dan tork 7.0Nm pada 5,000rpm yang sangat sesuai untuk kegunaan harian.
Bagi memberi lebih keselesaan lebih baik, berat keseluruhan SM Sport 110R cuma 105kg untuk pengendalian yang sempurna. Ruang simpanan juga cukup luas dengan kapasiti 10liter yang boleh memuatkan pelbagai barang peribadi.

Tangki minyak 4.0-liter serta suis Fuel Saving pula menjanjikan penjimatan yang optimum.
Dari segi rekaan pula, SM Sport 110R dilengkapi lampu isyarat hadapan dan belakang jenis LED dan lampu DRL yang lebih terang. Kapcai itu juga dipasang dengan rim yang sporty dan bergaya. Brek di cakera pada roda hadapan jelas dapat meningkatkan aspek keselamatan ketika menunggang.
SM Sport 110R menggunakan tayar tanpa tiub yang memiliki pelbagai kelebihan. Tayar itu lebih selamat ketika pancit, mampu menyerap hentakan lebih baik serta tekanan tayar yang lebih rendah berbanding menggunakan tayar dengan tiub.

SM Sport 110R dilengkapi pengecas telefon USB dan sistem Rotary Gear yang dapat meningkatkan pengendalian dan tindak balas semasa menunggang atau berhenti. Pengendalian yang mantap disumbangkan oleh suspensi belakang Kayaba (KYB)
Motosikal jenama tempatan milik MForce itu boleh anda miliki pada harga asas RM4,018.00 tidak termasuk pendaftaran dan cukai jalan.
Ia hadir bersama jaminan pengeluar selama dua tahun atau jarak perjalanan 20,000km (mana-mana tiba dahulu), selain perkhidmatan pembelian alat ganti tulen atas talian oleh MForce Bike Holdings.
- BACA: SYM JET X 150 RASMI DILANCARKAN. 2 VARIAN. BERMULA RM8,888
- BACA: MFORCE BIKE PERKENAL SYM JET X 150 DAN WMOTO XTREME 150i. HARGA RM8K HINGGA RM10K
- BACA: SYM VF3i 185cc LIMITED EDITION DAN PRO, KAPCAI PALING SELAMAT DI MALAYSIA
- BACA: PASANG BUMBUNG PADA SKUTER SYM VTS 200, LELAKI DISAMAN JPJ
GALERI