Motosikal

SYM ADXTG 400, QJMOTOR AX200S LANCAR 16 MEI INI 

Segmen skuter adventure di Malaysia bakal dimeriahkan dengan model baharu kali ini menerusi SYM ADXTG 400. 

Menurut sumber, MForce Bike Holdings akan melancarkan ADXTG 400 bersama-sama skuter QJMotor AX200S pada 16 Mei ini. 

Ketibaan ADXT 400 itu sudah pun dijangka ekoran beberapa media tempatan telah pun dibawa ke Taiwan bagi merasai kemampuan skuter adventure terbaru itu. 

Atas kertas, ADXTG 400 digerakkan enjin satu silinder 399cc yang berupaya menghasilkan 35hp dan 37Nm. Kuasa pula disalurkan kepada tayar belakang menggunakan rantai berbanding tali sawat (belt). 

Antara ciri utama yang membuatkan ADXTG 400 ini unik adalah kedudukan enjin yang ditempatkan di bahagian tengah berbanding belakang seperti skuter konvensional. 

Bahagian belakang pula menempatkan swingarm aluminium yang dipadankan dengan suspensi jenis multi-link. 

Kami difahamkan, ADXTG 400 akan dijual pada harga antara RM28k hingga RM29k. 

Dalam pada itu, MForce turut akan melancarkan AX200S sepertimana yang telah pun diumumkan sebelum ini. Menariknya, skuter bersesaran 175cc itu akan dijual di Malaysia dengan harga bawah RM8k/ 

Untuk rekod, AX200S berupaya menjana 18.1hp pada 8,500rpm dan 15Nm pada 6,500rpm. Ini bermakna skuter ini lebih berkuasa berbanding Yamaha NVX 155 (15.5hp) dan Honda Vario 160 (15.1hp). 

Google ads
Back to top button