Motosikal

MFORCE TAWAR KAPCAI MAMPU MILIK SM SPORT 110E, WMOTO VE1-110E & WMOTO WM110. 7.1HP, SUSPENSI KYB, BERMULA RM3,788 SAHAJA

Mforce Bike Holdings menyatakan komitmen untuk terus  memastikan motosikal yang ditawarkannya adalah mampu milik tanpa mengabaikan spesifikasi yang terkini. 

Antara motosikal-motosikal ekonomi yang boleh menjadi pilihan rakyat Malaysia sekarang ialah SM Sport 110E, WMOTO VE1-110E dan WMOTO WM110.

SM Sport 110E 

SM Sport 110E ditawarkan pada harga bermula RM3,859 seunit. Kapcai itu dikuasakakan oleh enjin empat lekang dua injap silinder tunggal bersesaran 109cc yang mampu menjana 6.0hp dan tork 7.0Nm pada 5,000rpm. Ia juga hadir dengan ciri penghidup elektrik dan tendang dan tangki minyak berkapasiti empat liter yang menjadikannya sangat sesuai untuk kegunaan harian. 

Berat keseluruhan SM Sport 110E hanya 100kg. Pengendaliannya dibantu oleh penggunaan fork teleskopik di hadapan, selain brek gelendong pada kedua-dua roda. Ruang simpanan di bawah pelana juga luas untuk memuatkan pelbagai barangan peribadi penunggang. 

Dari segi rekaan luaran, SM Sport 110E hadir dengan corak grafik yang menarik dan menonjol. Anda boleh memilih daripada tiga warna yang ditawarkan iaitu merah, biru dan kuning.

WMOTO VE1-110E 

Moped ini boleh anda miliki pada harga jualan asas hanya RM3,740 yang didatangkan dalam tiga pilihan warna merah, biru dan kuning.

Menggunakan enjin silinder tunggal empat lejang 2 injap bersesaran 106.7cc, ia mampu menghasilkan kuasa mencecah 6.6hp pada 8,000rpm dan tork maksimum 6.9Nm pada 6,000rpm. Enjin itu kemudian dipadankan dengan kotak gear empat kelajuan. 

Suspensi pula terdiri daripada  jenis teleskopik di hadapan dan penyerap hentak berkembar di belakang. Motosikal itu juga dilengkapi brek gelendong pada kedua-dua roda, selain tangki minyak berkapasiti empat liter.

WMOTO WM110 

Ini merupakan antara motosikal paling mampu milik yang ada di pasaran sekarang. Hadir dalam pilihan warna hitam, merah dan biru, ia ditawarkan pada harga bermula RM3,788 sahaja. 

WM110 menggunakan enjin empat lejang silinder tunggal bersesaran 109cc berkuasa 7.1hp pada 8,000rpm dan tork 7.2Nm pada 6,000rpm yang dipadankan dengan kotak gear empat kelajuan. 

Antara ciri-ciri menarik yang ada pada WMoto WM110 ialah suspensi Kayaba (KYB), brek cakera hadapan, lampu utama terang yang mematuhi. standard Eropah, tayar tanpa tiub, tangki minyak empat liter dan banyak lagi. 

Ketiga-tiga model motosikal ekonomi ini boleh didapati di mana-mana pengedar sah MForce di seluruh negara. Pembeli juga boleh menikmati jaminan pengeluar selama dua tahun atau jarak perjalanan 20,000 km (mana-mana tiba dahulu) dan perkhidmatan pembelian alat ganti tulen atas talian oleh MForce Bike Holdings.

GALERI

Google ads
Back to top button