Artikel PilihanMotosikal

INILAH 11 MOTOSIKAL SPORTS TERBAIK SEPANJANG ZAMAN – VROOOOOMMM

Dalam dunia dua roda motosikal sports adalah ibarat supercar dalam dunia empat roda. Ia menjadi poster pilihan untuk ditambal di dinding dan memberi inspirasi kepada setengah individu untuk mencapai kejayaan.

Walaupun motosikal sports menghasilkan bunyi yang kuat entah kenapa ia langsung tidak menyakitkan hati sangat macam ekzos budak-budak waisuku. Ia boleh membuatkan anda ketagih untuk mendengarnya dan boleh membuatkan dunia menyedari kewujudan anda.

Banyak sangat pilihan motosikal sports yang best-best ni, jadi ini antara yang menjadi pilihan kami. Mungkin dan mungkin juga tidak sama dengan pilihan anda.

Honda CB1000RR-R Fireblade (2020)

Fireblade memang antara ciptaan terbaik Honda dan model keluaran tahun 2020 ini boleh dikatakan paling lengkap dan revolusionari untuk model ini. Fireblade dikenali sebagai sebuah model yang berkualiti, boleh diharap hasil dari kejuruteraan terbaik.

Kini ia adalah lebih langsing, berkuasa dan sangat sofistikated dan generasi ini juga mempunyai warisan daripada MotoGP dan merupakan Fireblade yang paling ekstrim setakat ini.

BMW S 1000 RR (2010)

Motosikal sports mungkin semakin berkurangan pada penghujung era 2000 dan peluang ini diambil oleh BMW untuk memperkenalkan model terbaru mereka yang dinamakan S 1000 RR atau korang biasa panggil S1K.

Bayangkan sebuah motosikal sports unik keluaran BMW menggegar dunia sebaik didedahkan kepada umum di Monza World SBK pada tahun 2009. Ia mencipta rekod baharu dengan 197bhp kuasa maksima dan sistem sokongan elektronik termasuklah traction control yang menandakan inovasi baharu dalam dunia sportsbike.

Ia mungkin tidak pernah menang WorldSBK tapi ia telah mengubah kelas sportsbike selama-lamanya.

Aprilia RSV4 Factory SE (2010)

Sebuah lagi model dari Eropah yang mengubah atmosfera sportsbike ialah RSV 4. Menggunakan enjin V4 sepuluh tahun sebelum Ducati dan kemudian dipadankan dengan casis ala MotoGP selain sokongan peralatan elektronik paling sofistikated. Ia membolehkan Aprilia menawan takhta WorldSBK sebanyak tiga kali.

Kawasaki ZX-10R Ninja (2011)

Pemenang enam takhta WorldSBK secara berturut-turut sudah cukup untuk membuktikan kehebatan motosikal ini. Mungkin ia tidak membawa revolusi seperti model-model lain tetapi abang besar Ninja ini menemui sentuhan terbaiknya sekitar tahun 2010 dengan enjin berkuasa 197bhp lengkap dengan sokongan elektronik yang mencukupi untuk menewaskan BMW S 1000 RR. Ia mungkin bersaing hebat dengan Yamaha dan Honda tapi jika anda mencari juara sebenar di litar perlumbaan inilah modelnya.

Yamaha FZR1000R Genesis (1987)

Agaknya selepas tidak tahan dengan kehebatan yang ditunjukkan Kawasaki dengan GPZ900R Ninja pada tahun 1983 dan diikuti oleh GSX-R750 oleh Suzuki tahun 1985, Yamaha akhirnya turut mengorak langkah sama dengan pengenalan FZR1000R Genesis tahun 1987.

Ia merupakan sportsbike pertama Jepun yang dibangunkan sepenuhnya dari kosong dan bukannnya mengitar semula casis lama dengan enjin baharu ataupun sebaliknya. Genesis turut menggunakan casis rekaan baharu yang mereka gelarkan Deltabox yang kemudiannya diikuti oleh pengeluar lain.

Hasilnya lahirlah sebuah model serba baharu yang mampu menaikkan maruah Honda di kalangan pengeluar sportsbike dari timur. Tak cukup dengan versi asal Yamaha menaiktaraf motosikal ini lagi sekali pada tahun 1989 dengan versi EXUP dengan penambahan injap ekzos dan 145bhp kuasa dan tayar saiz 17 inci yang lebih lebar.

Ducati 916 (1994)

Ya inilah motor idaman abang sewaktu masih belajar dulu. Sampai sekarang tak beli-beli. Selepas model-model yang agak ‘mendung’ sebelumnya Ducati kembali dengan enjin Desmoquattro empat injap sejukan cecair menerusi 851. Menag WSBK dari tahun 1990-92. Dari situ lahirlah 916.

Hasil rekaan Massimo Tamburini ini bukan setakat laju dan efektif tetapi dengan gaya yang sangat-sangat eksotik. Kira poster material la ni. Kalau tak takkan abang jatuh cinta dik. Ekzos bawah ekzos dan lengan ayun tunggal merupakan fenomena walaupun Honda NR750 menggunakannya lebih dulu.

916 juga mengembalikan takhta raja superbike Eropah kepada Ducati dan rasanya ia kekal sehingga ke hari ini. Err, siapa permaisurinya bang?

Kawasaki GPZ900 R Ninja (1983)

Sekali tengok motosikal yang pernah ditunggang oleh Tom Cruise ini kelihatan lebih kepada sports tourer daripada sportsbike tapi pada zamannya ia memang sangat ekstrim.

Ia tidak pernah memenangi perlumbaan sebagai melebihi 750cc tapi GPZ900R ini masih menjadi idaman ramai. Ia memenuhi syarat sebagai sebuah sportsbike dengan enjin DOHC sejukan cecair, 16V yang masih kekal sehingga ke hari ini.

Honda CBR900RR Fireblade (1992)

Antara tahun 1983-93 Honda bukanlah pilihan ramai jika ingin membeli sportsbike. Mereka lebih gemar memilih Yamaha ataupun Suzuki. Tapi semua itu berubah dengan pengenalan Fireblade ataupun CBR900RR.

Bermula dengan asas 750cc dan digemukkan sehingga 900cc.Falsafahnya mudah sahaja untuk menjadi lebih ringan dan kompak. Ayat paling sesuai pada zaman itu ialah menawarkan perstasi 1000cc tapi dalam pakej 600cc.

Fireblade asal sungguh canggih sehingga Yamaha sendiri perlukan hampir 5 tahun untuk menyainginya dengan R1.

Suzuki GSX-R750 (1985)

Dianggap model replika perlumbaan pertama di dunia GSX-R ini juga dianggap game changer dalam dunia sportsbike. Kenapa tidak? Ia ringan, sangat berkuasa dengan enjin sejukan minyak dan udara selain rupa paras jentera perlumbaan sepenuhnya.

Ia merupakan sensasi jalanan dan berfungsi dengan cukup baik di litar perlumbaan. Ingat ini juga ialah motor Kotaro Minami sebelum menjelma menjadi Masked Rider Black. Ia juga memperkenalkan terma ‘race replica’ kepada dunia.

Yamaha YZF-R1 (1998)

5 tahun selepas Fireblade barulah Yamaha menemui formula yang tepat untuk bangkit. Lahirnya Yamaha YZ- R1. Yamaha pernah menghasilkan YZF750F pada tahun 1993 dan diikuit oleh YZF1000R ThunderAce tapi agak suram. Namun bila R1 diperkenalkan pertama kali di Milan pada tahun 1998 ia terus memukau perhatian. Selain kemunculan bersama Scott Russel yang memakai sut angkasa lepas berwarna perak Yamaha membawa bersama dua nombor: 150bhp dan 177kg. keduanya cukup untuk membuktikan kehebatan R1 kepada dunia. Ringan dan berkuasa.

Honda RC30 – Honda VFR750R (1998)

Inilah impak terbesar dalam dunia sportsbike. Honda RC30. Ia lebih kepada jentera perlumbaan yang berlampu. Dilahirkan untuk memenangi perlumbaan khususnya kelas siri produksi terbaru WSBK ketika itu.

Untuk layak menyertai perlumbaan terdapat jumlah minima produksi yang mesti dihasilkan berdasarkan saiz syarikat. RC30 direka dan dihasilkan dengan tangan oleh HRC, cabang perlumbaan Honda. Sebaik memasuki gelanggang ia terus menewaskan semua pencabar dalam perlumbaan WSBK, endurance, GP, TT dan banyak lagi.

Ia sangat ringan dan berkuasa dan bergaya. Kenapa tidak kerana kos untuk menghasilkannya dikatakan sama dengan harga dua buah kereta sports JDM. Kira dua kali keseronokkan la ni.

Google ads
Back to top button