MG ZS DIKESAN BERADA DI MALAYSIA – DILANCARKAN TIDAK LAMA LAGI?
SUV Segmen B terlaris di Thailand pada 2021, MG ZS dikesan berada di atas lori di lebuh raya sekali gus ia dijangka dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi.
Menerusi foto diambil oleh netizen, terdapat beberapa model MG termasuk salah satunya telah didaftarkan. Di China, SUV ini adalah sama dengan prototaip Proton X50 Geely Binyue.
Sebagai perbandingan, berikut adalah dimensi MG ZS, MG ZS EV serta Geely Binyue.
- MG ZS: 4,323mm X 1,809 mm X 1,653mm, jarak roda 2,585mm
- MG ZS EV: 4,323mm X 1,809mm X 1,649mm, jarak roda 2,581mm
- Geely Binyue: 4,330mm X 1,800mm X 1,609mm, jarak roda 2,600mm
Dari segi penampilan, kereta ini menggunakan rekaan cukup sporty termasuk didatangkan bersama pelindung tangki air berwarna hitam (versi elektrik menggunakan jenis tertutup sepenuhnya), DRL LED dan lampu depan rekaan tipis pada kedua-dua belah.
Sementara itu, versi sport pula mempunyai bampar lebih sporty, diserlahkan lagi dengan rim 19-inci dan spoiler belakang bersaiz besar.
Menjengah ke dalam kabin, rekaannya agak mirip seperti model Volkswagen generasi sebelum ini, di mana ia tidak mempunyai instrumen digital tetapi dipadankan bersama skrin paparan 3.5 inci selain disertakan dengan skrin sentuh kawalan pusat 10.1 inci.
Secara mekanikal, kereta ini dilengkapi dengan enjin 1.5L naturally aspirated dan transmisi CVT. Nadi berkenaan berupaya menghasilkan 118hp, tork 150Nm, sementara kelajuan tertinggi dihadkan pada 170km/j.
Versi elektrik pula dipacu oleh pek bateri 51.1kWj, menghamburkan kuasa 173hp, tork 280Nm, pecutan 0-60 mph (96.5 km/j) dengan hanya mengambil masa 8 saat dan menawarkan jarak gerak sehingga 428km.
Selain itu, ia turut didatangkan dengan pilihan pek bateri 72.6kWj, menghasilkan 153hp, tork 280Nm, daya pecutan 0-60 mph (96.5 km/j) selama 8.2 saat, dan mempunyai jarak gerak sejauh 595km.
Di Thailand, MG ZS versi pembakaran dalaman dijual bermula 689,000 baht (RM91,488) manakala versi elektrik diberi tanda harga bermula 949,000 baht (RM126,012). – Automachi
GALERI:
- BACA: GILIRAN MG MOTOR PULA MASUK MENYERANG PASARAN INDONESIA
- BACA: MG MAXUS 9 EV MENDARAT DI THAILAND – DUA VARIAN, 245HP, JARAK GERAK 540KM, HARGA BERMULA RM331K
- BACA: MG CYBERSTER TIBA DI PASARAN UK PADA 2024. DWI-MOTOR, 304HP/528HP,800KM SEKALI CAJ
- BACA: MG MULAN TRIUMPH EDITION MUNCUL DI CHINA – HATCHBACK ELEKTRIK 449 HP, 600 NM