
MGS5 EV TIBA DI BILIK PAMERAN MG – PELUANG PANDU UJI MGS5 EV, NIKMATI PENJIMATAN DAN HADIAH EKSKLUSIF
Selepas mencuri tumpuan di pentas pelancaran di Mid Valley Megamall, MG Motor Malaysia kini mengesahkan bahawa model elektrik terbaharunya, MGS5 EV, sudah tersedia di semua bilik pameran MG Motor seluruh negara.
Pelanggan kini berpeluang merasai sendiri pengalaman memandu SUV elektrik segmen-B dengan pacuan roda belakang (RWD) pertama seumpamanya di Malaysia.
MGS5 EV hadir dengan reka bentuk moden dan ciri dinamik yang menggabungkan gaya, keselesaan, serta pengendalian menyeronokkan, diinspirasikan daripada ketelitian kejuruteraan British.

Model ini ditawarkan dalam tiga pilihan varian:
- MGS5 EV COM (49kWh) – RM115,900
- MGS5 EV COM Long Range (62kWh) – RM125,900
- MGS5 EV LUX Long Range (62kWh) – RM135,900
Sempena pelancaran dan ulang tahun pertama MG Motor di Malaysia, 500 pembeli pertama akan menikmati tawaran eksklusif termasuk:
- Diskaun sehingga RM6,000 (harga bermula RM109,900)
- Kotak pengecasan dinding 7kW percuma
Dengan ruang dalaman yang luas dan sistem konektiviti MG iSmart, MGS5 EV menetapkan penanda aras baharu dalam segmen EV bandar.
Peluang terbaik untuk mencuba sendiri keistimewaannya adalah pada hujung minggu panjang ini melalui sesi pandu uji khas yang akan dianjurkan di lokasi-lokasi terpilih seluruh negara.

Berikut ialah jadual acara pandu uji khas MGS5 EV di bilik-bilik pameran MG Motor seluruh negara:
- 31 Mei – 1 Jun 2025
• MG Motor Bandar Rimbayu
• MG Motor Damansara
• MG Motor Juru
• MG Motor Old Klang Road
• MG Motor Petaling Jaya
• MG Motor Plentong
• MG Motor Skudai - 31 Mei – 2 Jun 2025
• MG Motor Glenmarie - 6 – 8 Jun 2025
• MG Motor Ipoh - 7 Jun 2025
• MG Motor Cheras - 7 – 8 Jun 2025
• MG Motor Balakong
• MG Motor Melaka
• MG Motor Muar
• MG Motor Petaling Jaya
• MG Motor Seremban
• MG Motor Setia Alam - 13 – 14 Jun 2025
• MG Motor Alor Setar - 14 – 15 Jun 2025
• MG Motor Bandar Rimbayu
• MG Motor Jalan Ipoh
• MG Motor Klang
• MG Motor Puchong
• MG Motor Seri Kembangan
• MG Motor Tebrau - 21 – 22 Jun 2025
• MG Motor Chan Sow Lin - 28 – 29 Jun 2025
• MG Motor Kuching (Kota Samarahan) - 5 – 6 Julai 2025
• MG Motor Miri
• MG Motor Sibu
Untuk maklumat lanjut dan mencari bilik pameran berdekatan, sila layari www.mgmalaysia.com/find-a-dealer




