
RASMI: CFMOTO 675NK LANCAR DI MALAYSIA – RM33,888
CFMOTO Malaysia memperkembangkan tawaran motosikal tiga silinder untuk pasaran tempatan kali ini menerusi CFMoto 675NK dengan harga jualan RM33,888.

CFMOTO Malaysia memperkenalkan model baharu itu ketika pembukaan CFMOTO Flagship Store terbaru di Ipoh, Perak, pada Sabtu.
Motosikal naked tersebut membuat debut global sewaktu di EICMA tahun lalu dan kami turut melihat dengan lebih dekat ketika di Milan dan sewaktu press-launch di Portugal.

Untuk rekod, 675NK ini dipacu enjin tiga silinder yang sama terdapat pada 675SR-R yang dijual di Malaysia pada harga RM37,888.
CFMoto 675NK ini menawarkan kuasa yang sama dengan 95hp pada 11,000rpm dan 70Nm pada 8,250rpm. Sekadar perbandingan, Triumph Trident 660 yang turut dipacu enjin tiga silinder menawarkan 80hp dan 64Nm.

CFMoto 675NK ini juga berkaongsi pakej suspensi yang sama dengan fork depan jenis upside/down berukuran 41mm boleh laras dari KYB dan monoshock belakang dengan pelarasan pra-beban dan rebound juga dari KYB.
Seperti 675SR-R, versi naked ini juga dilengkapi dengan ‘brake-scoop’ yang berfungsi mengalirkan udara bagi membantu menyejukkan sistem brek.

Antara perincian lain ditawarkan:
- tangki bahan api 15L
- ABS
- traction control
- skrin TFT 5-inci
- quickshifter (upshift sahaja)
- lampu LED dengan DRL
- USB Type-C dan Type-A
- TPMS
GALERI: CFMOTO 675NK












