Artikel Pilihan

MINI AKAN BAWA SEMULA TRANSMISI MANUAL KE USA, AJAR MACAM MANA GUNA KLAC

Mulai tahun 2023, Mini USA mengumumkan bahawa barisan model mereka yangd dijual disana akan ditawarkan dengan pilihan transmisi manual. Malah Mini juga akan membantu pemilik baru mereka memandu dengan lebih cekap melalui program “Manual Driving School” di BMW Performance Center California

Pada bulan May 2022, Mini USA terpaksa mengugugkan pilihan transmisi manual 6 kelajuan pada kereta hardtop mereka disebabkan masalah pembekalan bahan mentah untuk pengeluaran. Antara model yang akan ditawarkan kembali dengan transmisi manual ialah Cooper, Cooper S dan John Cooper Works dalam versi hardtop

Apa yang ditawarkan oleh Mini dengan transmisi manual sebenarnya aktiviti U-Turn beberapa kali. Mulai tahun 2019, Mini menarik keluar tawaran transmisi manual disebabkan sistem penghantaran bahan api memerlukan ujian yang lebih banyak dalam mematuhi ujian pelepasan asap.

Kemudian pada tahun 2020, transmisi ini diperkenalkan semula sebelum ditarik semula pada awal tahun 2022 disebabkan isu masalah pembekalan bahan mentah. Hujung tahun 2022 ia ditawarkan semula untuk 3 model di atas

Terdapat 3 varian yang akan ditawarkan iaitu Resolute, Untold dan Untamed. VArian Resolute diberikan warna hijau yang agak menyerlah yang dinamakan sebagai Rebel Green, kemasan warna putih pada bumbung dan kemasan kabin berwarna hitam karbon

Varian Untold pula hanya ditawarkan dalam versi John Cooper Works, Cooper S dan Cooper S All4 dengan pilihan warna Midnight Black Metallic atau Sage Green Metallic. Untamed Edition pula khas untuk Cooper S Countryman All4 dengan warna Momentum Grey or Nanuq White

Bagi pasaran Amerika, Mini varian 2023 akan mulai bulan November 2022 dengan harga permulaan RM 136,000 bagi Mini Cooper varian asas 2 pintu sehinggalah kepada RM 233,000 bagi John Cooper Works Countryman

Google ads
Back to top button