
MINI JCW COUNTRYMAN & CLUBMAN 306HP. LAJU SIOT!
MINI Malaysia baru-baru ini melancarkan dua jentera terbaharunya yang cukup berkuasa, MINI John Cooper Works Countryman 306HP dan MINI John Cooper Works Clubman 306HP.
Seperti namanya, ia dijana oleh enjin empat selinder bersesaran 2.0 liter dengan teknologi MINI TwinPower Turbo yang mampu menghasilkan kuasa 306hp dan tork 450Nm.
Enjin itu kemudian dipadankan dengan transmisi automatik Steptronic Sport 8-kelajuan yang lasak dan efisien.

Dengan memilih mode pemanduan GREEN daripada MINI Driving Mode, fungsi cruising boleh diaktifkan sebaik sahaja pedal minyak dilepaskan pada kelajuan di antara 50–160km/j.
“Dibina berasaskan kepada MINI John Cooper Works Countryman dan Clubman yang diperkenalkan pada tahun 2017, kedua-dua jentera ini menawarkan kuasa paling tinggi setakat ini.
“Dengan 306 kuasa kuda, kedua-dua varian MINI John Cooper Works 306HP sememangnya produk yang luar biasa,” kata Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Harald Hoelzl.
Harga adalah seperti berikut:
- MINI John Cooper Works Clubman 306HP: RM 358,888
- MINI John Cooper Works Countryman 306HP: RM 378,888

MINI John Cooper Works Countryman 306HP
Jentera ini menampilkan kemasan bampar baharu dengan salur masuk udara terbuka di kedua-dua sisi bagi membolehkan enjin disejukkan secara lebih berkesan. Model itu juga didatangkan dengan paip ekzos lebih besar, berukuran 85mm untuk memberikan profil bunyi JCW.
MINI John Cooper Works Clubman 306HP
Menerima perubahan luaran yang signifikan berbanding model terdahulu. Bampar hadapannya kelihatan lebih lebar dan sporty. Gril radiator dengan rekaan honeycomb itu memang sinonim dengan John Cooper Works.
Crash beam dikekalkan dan diletakkan di belakang gril honeycomb untuk memberikan imej yang lebih kemas. Jejaring terbuka disisip di bahagian atas dan bawah gril hadapan dengan penyejuk eksternal tambahan, bersama rongga udara yang lebih besar di hadapan, tengah dan sisi.

Sensor Kawalan Jarak Parkir (Park Distance Control, PDC) diletakkan pada gril. Sementara bilah John Cooper Works berwarna merah, lencana JCW dan elemen trim eksterior berwarna “Piano Black” mengelilingi gril tersebut.
MINI John Cooper Works Clubman 306HP kini didatangkan dengan lampu utama LED dengan “Matrix Light Functionality”, pertama kali diperkenalkan pada kenderaan MINI.
Lampu belakang LED dan lampu brek didatangkan dengan corak Union Jack. Tidak ketinggalan, sistem ekzos JCW baharu yang mengguna pakai reka bentuk ‘double-board’. Paip ekzos yang lebih besar (95mm) pula menawarkan profil bunyi JCW yang mengasyikkan.

Kedua-dua varian MINI John Cooper Works 306HP dilengkapi set roda dua tona JCW Circuit bersaiz 19 inci yang eksklusif.
Di ruang kabin, kedua-dua varian MINI John Cooper Works 306HP itu dipasang dengan tempat duduk lumba dibalut kulit Carbon Black Dinamica. Selain stereng kulit JCW, kluster instrumen JCW, kemasan paparan tengah, skrin dan panel pintu JCW.
Melihat infohibur pula, jentera itu dilengkapi skrin sentuh bersaiz 8,8 inci dengan sistem bunyi Harman Kardon. Aspek ketersambungan dipertingkatkan menerusi ciri kad SIM 4G dan aplikasi MINI Connected.
- BACA: MINI MALAYSIA LANCAR CLUBMAN 2019. RM299K SEUNIT
- BACA: DRONE DJI MAVIC MINI. RM1,599 SEUNIT. RAKAM VIDEO KERETA PUN CUN JUGA NI!
- BACA: GREAT BRITISH DEAL – MILIKI MINI DENGAN ANSURAN BULANAN SERENDAH RM2,388
- BACA: JAGUAR, BMW, MERCEDES, AUDI & MINI COOPER DILELONG SERENDAH RM1,500
GALERI