
POLIS TUMPASKAN AYAHANDA HARIMAU KUMBANG. 8 KERETA TERMASUK TOYOTA VIOS, PROTON GEN2 BERJAYA DIRAMPAS
Polis telah berjaya menumpaskan pertubuhan haram dikenali sebagai Ayahanda Harimau Kumbang dalam operasi ‘Op Selendang’ di sekitar Dungun dan Kuala Terengganu. Kumpulan tersebut dipercayai terlibat dalam jenayah kekerasan serta gangsterisme.
Antara aktiviti yang dilakukan kumpulan terbabit adalah mengutip wang pinjaman bagi pihak ah long dan tarik kereta.
Ketua Polis Terengganu Datuk Rohaimi Md Isa berkata, siasatan mendapati 13 anggota polis daripada 21 individu ditahan turut terlibat dalam organisasi haram tersebut.

“Pertubuhan ini dipercayai mempunyai antara 200 hingga 300 ahli di sekitar Dungun. Mereka didapati mengumpul wang ‘perlindungan’ daripada ahlinya bagi mengelak sebarang tindakan sekiranya berlaku salah laku.
“Bagaimanapun, tidak semua anggota polis yang ditahan mempunyai peranan langsung dalam kegiatan jenayah. Tetapi, menjadi ahli pertubuhan haram adalah satu kesalahan,” kata Rohaimi.
Dalam serbuan tersebut, polis telah merampas lapan buah kereta, antaranya Toyota Vios, Proton Gen2 dan Suzuki Vitara.
Turut dirampas ialah lapan senjata tajam, 28 telefon bimbit serta barangan lain seperti naskhah al-Quran, kain kafan putih, selendang, kad keahlian, pelekat kereta serta baju mengandungi logo organisasi.
Kes disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966 dan Seksyen 7(1) Akta Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Bersenjata 1958. – Malay Mail
- BACA: MERAYAU TANPA TUJUAN, POLIS DI KARTANAKA INDIA AKAN RAMPAS KERETA/MOTOR
- BACA: 3 SINDIKET CURI KERETA DAN MOTOR DI KLANG TUMPAS. NILAI RAMPASAN RM200K
- BACA: STOR SIMPANAN RAMPASAN IPD SENTUL TERBAKAR, 50 KERETA HANGUS
- BACA: POLIS CEDERA PARAH PAUT PADA KERETA SEJAUH 1 KM. HALANG DIRAMPAS PENGUTIP HUTANG








