Artikel Pilihan

MITSUBISHI COLT 1400 – LAGENDA HATCHBACK YANG TELAH PUPUS

Brader Karrager syak pasti ramai di antara kita yang tidak pernah melihat secara live kereta hatcback jenama Mitsubishi ini. Iya, ianya kini telah mencapai status sebuah kereta yang dianggap sebagai super rare. Apa tah lagi, untuk melihatkan berada di atas jalanraya tanpa perlu jalan menyenget.

BACA : DAIHATSU CHARADE – KENALI AYAHANDA MYVI INI

BACA : MITSUBISHI COLT BAKAL BUAT PENAMPILAN SEMULA 5 TAHUN LAGI?

Mitsubishi Colt ini juga sebetulnya turut dikenali sebagai Mitsubishi Mirage di Jepun. Nama Colt ini digunakan untuk model eksport ke luar negara. Generasi pertama Colt ini berada di pasaran antara tahun 1978 hingga ke tahun 1983.

Secara asasnya, Mitsubishi Colt ini mempunyai varian dua pintu ataupun empat pintu. Pilihan enjin diantara 4G11 1.2 liter ataupun 4G12 1.4 liter. Akan tetapi untuk model JDM, ianya mempunyai varian Colt GT 1400 Turbo yang lebih berkuasa, 105PS.

Mitsubishi Colt ini turut dilengkapi dengan stereng rack & pinion, bagi memberikan lebih kejituan dan juga feel pemanduan sebuah kereta Eropah. Malah Colt ini turut dilengkapi dengan sistem gantungan berasingan bagi setiap roda, bagi memastikan pengendalian kereta ini sama hebat setidaknya dengan model Eropah yang lain.

Sesungguhnya Brader Karrager merasa bertuah, apabila berpeluang untuk melihatkan sebuah Mitsubishi Colt 1400 dengan kondisi yang masih boleh dianggap cemerlang dan mampu bergerak di atas jalanraya tanpa sebarang masalah.

Cat yang masih utuh pada hampir keseluruhan badan kereta yang telah berusia 38 tahun ini membuktikan ianya dijaga dengan rapi oleh pemiliknya, seorang nenek yang telah pun berusia 76 tahun. Iya, pemiliknya adalah seorang nenek tua.

Dan apa yang cukup menarik tentang Mitsubishi Colt 1400 keluaran tahun 1980 ini, ia turut dilengkapi dengan transmisi Super Shift, sebuah teknologi moden milik Mitsubishi di kala itu. Ianya dikahwinkan dengan sempurna bersama kotak gear manual empat kelajuan, lantas menjadikan ianya mempunyai lapan unit kelajuan dengan dua tetapan yang berbeza.

Tombol gear berkembar itu berfungsi dengan dua cara, sama ada mahukan kelajuan atau pun penjimatanan bahan bakar dengan menolak tombol gear ke atas / ke bawah. Menurut Nenek tersebut, ianya masih berfungsi dengan baik dan keseluruhan kereta Colt ini juga masih dalam kondisi asal. Malah nak jumpa kesan karat pun macam tak jumpa pula. Pandai betul nenek ini menjaga keretanya.

Kini nama Colt sendiri pun sudah tinggal sejarah. Mitsubishi pernah menghidupkan kembali Colt ini pasca Milenium namun ianya kembali ditamatkan riwayatnya pada tahun 2012. Tapi sebenarnya varian Colt Plus ini masih boleh dilihat di Taiwan, sama seperti Mitsubishi Lancer, ianya kembali dijual dengan versi facelift sendiri atas permintaan di sana.

 

Google ads
Back to top button