Buletin

MITSUBISHI COLT BAKAL BUAT PENAMPILAN SEMULA 5 TAHUN LAGI?

Selepas menyertai Pakatan Renault-Nissan pada tahun , Mitsubishi nampaknya mempunyai lebih banyak pilihan untuk menghasilkan kenderaan.

Terbaharu, pengeluar kenderaan dari Jepun itu dilapor sedang mempertimbangkan untuk menghidupkan kembali model hatchback untuk segmen B, Colt.  Jika diberi kelulusan, Colt serba baharu bakal menemi pengguna dalam masa lima tahun lagi.

Sudahpun memasuki fasa perbincangan, Mitsubishi perlu menjual lebih 100,000 unit Colt di seluruh dunia untuk menjustifikasikan kos pembangunannya.

Kesungguhan Mitsubishi untuk memperkenalkan semula Colt terbukti apabila Ketua Jualan dan Pemasaran Mitsubishi zEropah, Guillaume Cartier mengesahkan pihaknya sedang berusaha ke arah penghasilannya.

“Persoalan sekarang adalah apa yang diperlukan. Apabila kami menggunakan nama Colt, kami perlu memastikan kereta baharu ini mempunyai personaliti yang tepat,” kata Cartier.

Biarpun bergitu, Colt adalah salah satu daripad tiga pilihan supermini yang dijangka dihasilkan oleh pakatan tersebut. Tetapi harapan untuk melihat Colt yang digantikan oleh Mirage pada tahun 2012 nampaknya lebih cerah.

Google ads
Back to top button