Artikel Pilihan

SENARAI KERETA YANG SEJUK (COOL) YANG BOLEH DIBELI DI INDONESIA

Sesungguhnya, di rantau Asia Tenggara ini, Indonesia juga antara merupakan lubuk buat mana – mana pengeluar yang ingin menjual model kenderaan di sana. Dan tahukah bahawa, di sana juga terdapat beberapa model kereta yang cool yang tidak dijual di tempat kita.

Honda Civic Hatchback RS

Buat penggemar logo H, pasti merasa sedikit kesal dengan ketiadaan model hatckback ini dalam katalog jualan Honda Malaysia. Bayangkan, negara yang kondisi jalannya teruk itu pun Honda Indonesia masih mahu membawa masuk model ini. Malah, di Thailand juga turut dijual. Ianya dijanakan oleh enjin 1.5 liter turbo dengan kuasa 173PS.

Rekabentuk Hatchback yang menarik serta enjin berkuasa merupakan ramuan yang mudah untuk menjual kepada pengguna. Apatah lagi, ianya boleh dipakaikan kit badan Type R, memang jadi terus. Harga yang ditawarkan di sana adalah sekitar Rp 500,000,000 (RM143,479)

Suzuki Ignis

Model kompak ini antara beberapa model pilihan buat warga kota yang inginkan kelainan selain daripada jenama Toyota / Daihatsu. Tapi ini bukan sembarangan kompak. Ini adalah Crossover / Mini SUV, yang mana ianya cukup sesuai untuk dipandu di kota mahupun perjalanan di desa.

Penampilan luarannya cukup bergaya dengan gril dan bampar yang dilengkapi diffuser. Dengan ke’jinjang’an sebegini, tiada masalah untuk model yang dijanakan enjin K12M 1.2 liter mengharungi laluan yang penuh liku dan ranjau di sana. Harganya? Bermula Rp174,000,000 (RM49,930) untuk varian paling rendah.

Hyundai i10X

Beberapa tahun dahulu, kita juga berpeluang untuk menikmati kecomelan model Hyundai i10. Tapi entah mengapa, model asas dalam keluarga Hyundai ini tidak lagi di jual tempat kita. Tapi di Indonesia, generasi terbaharu masih lagi dijual, termasuklah varian Crossover, i10X. Walau pun ianya adalah model kompak, namun i10X ini sebenarnya telah mengaplikaskan HRBS (Hyundai Reinforced Body Structure) bagi memastikan ketegaran chasis kereta.

Enjin Kappa 1.2 liter yang dipasang menjadian ianya adalah sebuah model yang cukup lincah untuk bergerak pantas meredah kota Jakarta yang sentiasa macet. Pemuda dan pemudi di sana boleh membelinya pada harga Rp211,500,000 (RM60,691) dan serendah Rp184,000,000 (RM52,927) untuk varian asas model Hyundai i10 ini. Dan tahukah bahawa i10X ini hanya dijual untuk pasaran Indonesia sahaja.

Renault Triber

Dalam pasaran kenderaan tujuh tempat duduk, jenama Renault ini jelas sekali bukan tandingan buat model dari jenama Jepun. Namun jelas sekali kehadiran Renault Triber ini mahu mencuba nasib dalam kek pasaran yang terlalu besar.

Jikalau anda merasakan MPV Toyota Calya yang bersesaran 1.2 liter itu sudah cukup lemau, tahukah bahawa Renault Triber ini hanya dijanakan enjin 1.0 liter dengan kuasa 72 PS. Dan ianya dipadankan dengan kotak gear manual sahaja. Hairan? Tidak. Pasaran di sana sedikit pelik dan unik. Janji asal boleh gerak, sudahlah. Harganya pula bermula Rp163,000,000 (RM46,774).

BACA : KERETA YANG SEJUK (COOL) YANG BOLEH DIBELI DI SINGAPURA

BACA : KERETA YANG SEJUK (COOL) YANG BOLEH DIBELI DI SINGAPURA 2.0

Google ads

B K

Back to top button