
MITSUBISHI SUMBANG WANG TUNAI RM35K DAN KOMPUTER RIBA
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) hari ini menyumbang wang tunai sebanyak RM35,000 kepada pihak First International Soccer Academy Malaysia (FISA) serta mendermakan komputer riba kepada Pertubuhan Kebajikan Yesuwin Mahligai Selengor (PKYMS) dan Yayasan Arthritis Malaysia (AFM).
MMM berhasrat menyokong usaha FISA untuk menambah baik kehidupan kanak-kanak terutama yang datang daripada keluarga B40 dan mengelakkan mereka terlibat dalam masalah sosial.
Sumbangn komputer riba kepada PKYMS dan AFM pula bertujuan membantu pelajar yang terkesan akibat pandemik COVID-19 dan menyokong pentadbiran AFM.
“Selari dengan usaha meningkatkan tahap ekonomi dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah, kami harp sumbangan ini dapat membantu menambah baik kecekapan kanak-kanak terlibat dan memberi peluang kepada mereka untuk mencapai kecemerlangan dalam hidup,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Tomoyuki Shinnishi.