Motosikal

HARLEY-DAVIDSON LANCAR PROGRAM MOTOSIKAL TERPAKAI. MAHU TARIK MINAT PELANGGAN MUDA, TINGKATKAN KESETIAAN JENAMA

Harley-Davidson (HD) mendapati cara terbaik untuk menarik minat pelanggan muda membeli motosikal adalah dengan menjual model terpakai terlebih dahulu kepada mereka. 

Justeru, syarikat yang berpangkalan di di  Milwaukee, Amerika Syarikat (AS) itu merancang untuk memperkenalkan program motosikal terpakai yang sah, dikenali sebagai H-D Certified.

Ini merupakan strategi terkini yang ingin dilaksanakan oleh Ketua Pegawai Ekskutif Harley-Davidson, Jochen Zeitz dalam usaha meningkatkan tarikan jenama tersebut dalam kalangan golongan muda. 

Sedia maklum bahawa penguasaan pasaran HD di AS terus merudum sejak enam tahun lalu. Tetapi, permintaan terhadap model terpakai yang lebih murah kekal kukuh. Malah, beberapa pengedar memberitahu nisbah jualan model terpakai dengan yang baharu ialah sekitar 3:1. 

Pengedar HD di Fresno, California, Melissa Walters memberitahu pandemik COVID-19 membuatkan ramai orang ingin melakukan aktiviti luar rumah. Malangnya, pengedar seperti dia gagal mendapatkan banyak motosikal terpakai seperti yang diminta oleh pelanggan. 

Sentimen itu dikongsi oleh pengedar di enam buah negeri di AS. Data perunding industri, J.D. Power menunjukkan HD menjadi jenama paling dicari  dalam pasaran motosikal terpakai berkuasa tinggi sepanjang tahun lalu. 

Bagi HD ini merupakan peluang terbaik untuk ia membina kesetiaan jenama dan menarik pelanggan baharu tanpa perlu menawarkan motosikal berkuasa rendah dan murah. 

“Kami percaya progra H-D Certified akan memacu keinginan pelanggan untuk memiliki sebuah jentera HD, meningkatkan jualan, margin keuntungan dan pengalaman pemilikan,” kata Zeitz. 

Di bawah program berkenaan, HD akan mengesahkan kondisi motosikal yang berusia bawah lima tahun dengan jarak perjanan tidak melebihi 40,00km. Motosikal itu kemudian akan diperiksa dan diberi jaminan selama 12 bulan, selain boleh mendapatkan pinjaman daripada bahagian pembiayaan HD. 

Setakat ini, lebih 300 pengedar HD berminat untuk mengambil bahagian dalam program tersebut. 

Google ads
Back to top button