Motosikal

MOTOR BMW BERHARGA SETENGAH JUTA TERJUAL! INILAH BMW HP RACE!

Hari ini berlangsung acara penyerahan milik motosikal BMW HP4 Race yang pertama di Malaysia. Ini bukanlah S1000RR biasa yang anda lihat. Ini adalah model edisi terhad yang hanya dihasilkan sebanyak 750 unit di dunia.

Harganya?

Dua tahun lepas, BMW Motorrad melancarkannya pada tanda harga RM520,900.

Siapa pemilik bertuah ni?

Unit ini dibeli oleh En. Mark Chew Shing Yong. Beliau bukanlah seorang pengumpul yang hanya beli motosikal untuk dipamerkan di garaj di rumah.

“Ya. saya akan tunggang motosikal ini pada track day bulan depan,” Ujar Mark ketika ditanya.

Beliau akan menguji sendiri motosikal “S1000RR” paling berkuasa ini di litar antarabangsa Sepang bulan hadapan dan ya terima kasih dari kami sebab motosikal ini wajar dihargai dengan menunggangnya di tempat yang betul dan ia memang patut “dibelasah” berbanding hanya diparkir untuk tatapan.

HP RACE – BUKAN SEBARANGAN SPORTBIKE!

Motosikal ini dibina satu persatu oleh pasukan pakar demi memastikan tahap kualiti kuasa dan kebolehpercayaan paling tinggi ketika beraksi di atas trek.

Mazda CX30

BMW HP4 RACE dikuasakan oleh enjin bagi tujuan perlumbaan dengan janaan kuasa maksimum mencecah 215hp pada 13,900rpm dan tork puncak 120Nm pada 10,000rpm.

Berbanding BMW S 1000 RR, kelajuan maksimum jentera ini telah ditingkatkan daripada 14,200rpm kepada 14,500rpm. Dengan matlamat untuk mencapai prestasi terbaik, kotak gear perlumbaan enam kelajuan dengan nisbah pendek digunakan.

Dari segi enjin dan sistem elektronik, BMW HP4 Race berada dalam kategori sama seperti jentera perlumbaan keluaran kilang. Namun, ia lebih menyerlah menerusi suspensi dengan kerangka gentian karbonnya.

Hanya seberat 171 kilogram dalam keadaan tangki penuh, BMW HP4 Race sebenarnya lebih ringan berbanding mana-mana jentera perlumbaan yang digunakan dalam Kejohanan Superbike Dunia sekarang.

BMW HP4 Race semestinya memenuhi keperluan paling tinggi teknologi perlumbaan dari segi elemen suspensi dan breknya. Fork terbalik (upside-down) FGR 300 dan topang gegelung TTX 36 GP dibekalkan oleh pengeluar dari Sweden, Öhlins.

Ia merupakan komponen sama yang digunakan oleh jentera dalam perlumbaan Kejohanan Superbike Dunia dan MotoGP. Aloi ringan lengan ayun diperbuat daripada kepingan besi itu juga ialah komponen yang digunakan dalam Kejohanan Superbike Dunia.

Dengan dua angkup brek monoblock Brembo GP4 PR, sistem brek HP4 Race boleh ditemui pada jentera Kejohanan Superbike Dunia.

Omboh titanium dan satu unit angkup aluminium dengan permukaannya disadur nikel secara kimia ialah kombinasi material terbaik yang boleh anda perolehi pada hari ini.

Ia didatangkan dengan pakej sistem bantuan penunggang, kawalan elektronik dan satu sistem elektrikal ringan yang telah dioptimumkan untuk memenuhi keperluan perlumbaan.

Pelbagai maklumat boleh diperoleh daripada papan pemuka 2D (data-logger) dengan memori datanya boleh dikongsi.

BMW HP4 Race hanya ditawarkan dalam skim warna BMW HP Motorsport yang memberikan penampilan agresif sebuah superbike sebenar dan hanya 750 unit dihasilkan.

Ya. ia memang terhad dan rare!

Google ads
Back to top button