
REKAAN PELIK MITSUOKA BUDDY. TAPI HABIS TERJUAL, 4 HARI SAHAJA!!!
Mitsuoka Buddy yang dibangunkan berdasarkan SUV Toyota RAV4 mungkin kelihatan pelik.
Bagaimanapun, selepas lima minggu diperkenalkan secara rasmi ia hanya mengambil masa empat hari sahaja sebelum habis terjual.
Menurut hantaran syarikat pengeluar terbabit, Mitsuoka hanya akan dibangunkan sebanyak 200 unit untuk tempoh dua tahun akan datang.

Mitsuoka berkata mereka akan menerima tempahan untuk produksi yang dijangka bermula pada 2023.
Syarikat berkenaan mendapat inspirasi daripada SUV lama Amerika Syarikat (AS) dalam pembikinan Mtsuoka Buddy dengan memadankan bahagian hadapan dan fascia belakang baharu.
Rekaan bahagian hadapan kelihatan mirip seperti Chevrolet Tahoe pada tahun 1990-an, reka bentuk gril krom lebar dan dilengkapi lampu utama berbentuk empat segi.

Di bahagian belakang pula, ia hadir dengan rekaan lampu menegak, pintu belakang mendapat sentuhan rekaan baharu dan bampar krom menyerlahkan lagi sisi retro SUV terbaharu ini.
Mitsuoka Buddy menawarkan dua pilihan trenkuasa. Bagi model standard, ia mendapat khidmat enjin 2.0 liter petrol yang mampu menjana 168 hp.

Mereka yang inginkan lebih kuasa boleh memilih model mendapat khidmat enjin 2.5 liter hybrid dengan kuasa 175 hp.
Ia dijual pada harga AS$45,000 (RM183,262) di pasaran Jepun manakala bagi model hybrid memiliki tanda harga AS$56,000 (RM 228,060) – carscoops