Buletin

PKP UNTUK KURANGKAN KES, BUKAN HAPUSKAN JANGKITAN. BOLEHKAN HOSPITAL BERI RAWATAN TERBAIK – KP KESIHATAN

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah dalam sidang media hariannya petang tadi menegaskan bahawa langkah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan oleh kerajaan bertujuan untuk mengurangkan kes jangkitan COVID-19. 

Pada mulanya memang tidak ada kes COVID-19 dalam komuniti ketika fasa awal kawalan. Nmanun, kes pertama yang dikesan di Kuantan, kemudiam dirawat di ICU dan didapati positif COVID-19.

Apabila dilihat kepada sejarah pesakit, dia ada hadir ke perhimpunan tabligh di Seri Petaling. 

“Ini bererti virus COVID-19 sudah ada dalam komuniti kita. Bukan di luar negara sahaja, tetapi sudah sampai di Malaysia. Sebab itulah kita galakkan semua orang duduk di rumah kerana cara ini dapat putuskan rantaian jangkitan dari seorang ke seorang yang lain. 

“Matlamat kita laksanakan PKP bukan untuk menamatkan jangkitan. Tetapi matlamat utama adalah untuk mengurangkan kes jangkitan. Jadi kalau kita dapat kurangkan kes, kita tidak dapat lihat peningkatan mendadak jangkitan. 

“Kalau kes tidak naik mendadak, maksudnya hospital dan klinik dapat memberi rawatan terbaik kepada pesakit. Bayangkan kalau satu hari kita ada 2,000 kemasukan baru ke dalam wad, kemampuan kakitangan di hospital dan rawatan rapi mungkin tidak mencukupi. 

“Bila tak cukup, pesakit tidak dapat diberikan rawatan terbaik,” jelas Nor Hisham. 

Noor Hisham juga memberitahu bahawa Malaysia kini tidak mempunyai kluster jangkitan yang baru. Namun, kerajaan telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di tiga kawalan iaitu Hulu Langat, Simpang Renggam dan Menara City One, Kuala Lumpur untuk mengekang jumlah jangkitan yang lebih tinggi. 

Tags
Google ads
Back to top button