Buletin

PROTON UMUM STATUS WARANTI BERIKUTAN PKP

Demi menghormati dan menunjukkan tanda sokongan kepada Kerajaan Malaysia terhadap lanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara, PROTON ingin memberi jaminan kepada semua pelanggan mengenai isu-isu berkaitan servis dan waranti kenderaan mereka.

– Waranti yang tamat tempoh semasa tempoh PKP akan dilanjutkan kepada 1,000km atau 30 hari selepas hari terakhir PKP, yang mana-mana terdahulu.

– Berikutan penutupan semua pusat servis PROTON sepanjang tempoh PKP, semua waranti masih sah dan boleh digunakan meskipun kenderaan tersebut telah melepasi tempoh servis yang disarankan.

– Pelanggan dinasihatkan untuk menyelenggara kenderaan mereka dalam tempoh 30 hari selepas hari terakhir PKP untuk memastikan waranti kenderaan mereka kekal aktif.

– Pelanggan dinasihatkan untuk menghubungi pusat servis PROTON bagi membuat temu janji dalam tempoh 15 hari dari tarikh berakhirnya tempoh PKP.

– Maklumat lanjut, sila hubungi talian khidmat pelanggan PROTON di 1800-88-8398 atau emel kepada: [email protected]

Google ads
Back to top button